top of page

Pameran Penerbangan Selangor ke arah terbaik di Asia Tenggara



Selangor berhasrat untuk menjadikan Pameran Penerbangan Selangor (SAS) sebagai pertunjukan udara paling utama di Asia Tenggara dan menjadi salah satu yang terbaik di rantau ini menjelang 2030, kata Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari.


Beliau berkata edisi tahun ini pameran itu berada pada landasannya untuk mencapai nilai transaksi sebanyak RM1.5 bilion iaitu daripada RM823 juta pada tahun lalu kepada RM1.3 bilion.


"Sudah tentu, kita mempunyai beberapa cara untuk capai sebelum kita boleh berada di gelanggang yang sama dengan Pameran Udara Dubai atau Pameran Udara Berlin.


"Beberapa negara jiran kami telah mengambil contoh daripada kami untuk membangunkan pertunjukan udara mereka sendiri selepas melihat kejayaan SAS," katanya pada majlis perasmian Pameran Penerbangan Selangor 2024 di Subang, Selangor hari ini.

Pameran itu dirasmikan oleh Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah.


Amirudin berkata memandangkan Selangor berhasrat mahu mengukuhkan kedudukannya sebagai gerbang ke ASEAN, SAS bersedia untuk menjadi peneraju ke ASEAN, sebuah rantau yang menempatkan lebih daripada 680 juta penduduk dan berkembang dengan pantas.


Ketika Malaysia bersedia untuk mempengerusikan ASEAN tahun depan, Selangor mempunyai peluang unik untuk menjadi platform utama perniagaan untuk bertemu, bekerjasama, bertukar idea dan mengembangkan rangkaian, jelas Amirudin.


"Selangor menempatkan pelabuhan ke-11 paling sibuk di dunia iaitu Pelabuhan Klang dan menjadi tuan rumah kepada tiga lapangan terbang antarabangsa; dua terminal di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dan satu lagi di Subang yang sebelum ini merupakan lapangan terbang antarabangsa utama Malaysia.


"Kerajaan Negeri juga komited untuk memainkan peranan penting dalam membangunkan pelabuhan ketiga di Pulau Carey, Klang yang akan meningkatkan kapasiti Selangor untuk menguruskan kargo dan menjadi salah satu pengendali pelabuhan terbesar di Asia untuk menambah permintaan yang semakin meningkat di Pelabuhan Klang," ujarnya.


Amirudin berkata pelaburan ke Selangor turut menjadi pintu kepada kumpulan bakat terbaik negara kerana lebih 7 juta rakyat Malaysia untuk tinggal di negeri ini selain faktor lokasi dekat dengan Kuala Lumpur yang terus berkembang sebagai hab kewangan negara.


"Pada Julai 2024, saya dan pasukan saya mendapat keistimewaan untuk menghadiri Farnborough Airshow, England di mana saya menyaksikan pemeteraian perkongsian penting antara MBI Selangor dan Malaysia Airport Holdings Bhd (MAHB) untuk membangunkan Zon 3 dan 4 Lapangan Terbang Subang.


"Perkongsian ini menyerlahkan komitmen dan cita-cita kerajaan negeri untuk memainkan peranan dalam membentuk masa depan penerbangan dengan memacu inovasi.


"Dalam lawatan yang sama, saya berpeluang bertemu dengan pelbagai syarikat aeroangkasa untuk membincangkan masa depan penerbangan mampan," katanya.


Tambah beliau, Selangor juga menyasarkan untuk berada di barisan hadapan dalam pergerakan global ke arah industri penerbangan yang lebih hijau dan lebih mampan.


"Tidak lupa juga sektor dron, pesawat tanpa pemandu (UAV) dan juga elemen angkasa lepas serta helikopter merentasi rantau ASEAN.


"Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, kami telah menyaksikan lonjakan dalam penggunaan teknologi ini, didorong oleh inovasi dan peningkatan permintaan untuk penyelesaian yang cekap dan mampan dalam industri seperti logistik, pertanian pintar, pengawasan, tenaga, dan juga pengangkutan penumpang," katanya.


SAS dianjur bermula hari ini sehingga 14 September menampilkan pameran aeroangkasa dari lebih 45 negara dan dijangka menarik 25,000 pengunjung dengan sasaran nilai transaksi RM1.3 bilion.


Kredit foto: Selangorkini

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page