top of page

Pakej internet prabayar separuh harga untuk remaja, B40 diperkenal

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Dec 21, 2022
  • 1 min read


Kerajaan melalui Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) hari ini memperkenalkan pakej internet prabayar mudah alih dengan harga lebih rendah daripada harga semasa pasaran.


Menteri Komunikasi dan Digital, Ahmad Fahmi Fadzil berkata ia adalah penambahbaikan kepada Pakej Remaja prabayar Internet mudah alih sedia ada yang sebelum ini ditawarkan untuk golongan remaja berumur 12 hingga 24 tahun.


Bermula Febuari tahun hadapan, pakej itu yang dijenamakan semula sebagai Pakej Perpaduan akan diperluaskan kepada golongan belia berumur sehingga 30 tahun, B40, orang kurang upaya (OKU), warga emas dan veteran tentera dan polis.


"Komitmen Kerajaan ini dizahirkan untuk mengurangkan kos sara hidup golongan sasar untuk memiliki perkhidmatan internet yang merupakan utiliti asas yang diperlukan rakyat.


"Penurunan harga ini meliputi langganan pakej prabayar yang disediakan lima syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi iaitu Celcom-Digi, Maxis, Umobile, Telekom Malaysia (TM) dan YTL Communications Sdn Bhd (YES).


"Pakej ini merupakan pakej asas yang disediakan dan ia terpulang kepada penyedia perkhidmatan untuk menawarkan nilai tambah ke atas pakej ini," katanya dalam kenyataan hari ini.


Menurut kenyataan itu lagi, Pakej Perpaduan dengan harga RM30 ini menawarkan peningkatan kelajuan internet mudah alih daripada 1Mbps ke 3Mbps dengan kuota ditingkatkan daripada 20GB untuk tiga bulan (80 hari) kepada 30GB untuk tempoh lebih lama, iaitu selama enam bulan (180 hari).

Melalui langkah terbaharu diusahakan kerajaan itu, pengguna dapat menikmati penjimatan harga sebanyak 50% berbanding pakej sedia ada iaitu dari RM10 sebulan kepada RM5 sebulan.


"Langkah penurunan harga ini jelas menunjukkan bahawa keperuan rakyat untuk menikmati perkhidmatan komunikasi dengan harga lebih murah dan mampu milik diberi perhatian serius oleh Kerajaan Perpaduan," kata Fahmi lagi.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page