top of page

Paip usang, kebocoran di Felda akan dikurangkan - Akmal



Oleh: Akmal Manaf


Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) akan melakukan semakan dengan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) berhubung dengan keadaan paip-paip usang di kawasan tersebut.


Perkara itu dimaklumkan oleh Timbalan Menteri PETRA, Akmal Nasrullah Mohd Nasir dalam jawapannya kepada Datuk Mohd Isam Mohd Isa (BN-Tampin) yang menyatakan keadaan paip air di kawasan tanah rancangan FELDA sudah usang.


Mohd Isam berkata, peneroka juga sering mengalami masalah bekalan air bersih akibat kebocoran paip pecah dan sebagainya, seterusnya apakah peranan dan inisiatif kementerian untuk menambah baik paip-paip usang itu.


Berdasarkan kajian dan maklum balas, Akmal berkata, pihaknya percaya kebocoran itu akan dapat dikurangkan dengan lebih berkesan apabila kerja baik pulih tertumpu kepada paip-paip yang kritikal terlebih dahulu.


''Apabila baik pulih dilakukan terhadap paip kritikal terlebih dahulu, kadar bocor itu dapat dikurangkan sebelum kita menumpukan kepada keadaan yang lebih holistik.


''Sasaran di peringkat kementerian pula, kita sememangnya berhasrat mengurangkan capaian atau kadar Air Tidak Terhasil (NRW) secara keseluruhan,'' ujarnya di Dewan Rakyat, hari ini

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page