top of page

PADU: Semua data di bawah satu bumbung



Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) boleh digunakan tanpa ragu-ragu terhadap tahap keselamatan data peribadi mereka, kata Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil.


Bercakap kepada pemberita, beliau yang juga jurucakap bagi Kerajaan Perpaduan menegaskan, pembangunan sistem tersebut yang turut melibatkan beberapa entiti penting seperti Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA), CyberSecurity Malaysia dan Jabatan Perlindungan Data Peribadi (JPDP).


Penglibatan entiti itu jelasnya, menunjukkan aspek keselamatan siber terhadap sistem itu dititikberatkan kerajaan.


"JPDP adalah jabatan yang sangat proaktif untuk pastikan cara simpanan data itu tertib dan ikut undang-undang, gerak kerja mereka sangat rapi.


"Saya rasa rakyat Malaysia boleh menggunakan sistem PADU tanpa was-was, tanpa ragu-ragu dan tanpa sebarang rasa risau terhadap tahap keselamatan data peribadi mereka," katanya dipetik.


Tambah Fahmi, pelancaran PADU sebagai ‘pengubah keadaan’ akan menjadi satu anjakan budaya dan memudahkan kerajaan untuk merangka dasar dan gerak kerja bersesuaian terutamanya untuk membantu rakyat.


Sementara itu, Fahmi dalam hantaran di laman Facebooknya turut menyifatkan dengan adanya sistem PADU, ia akan dapat memudahkan urusan rakyat terutama terkait dengan agensi kerajaan.


"Bayangkan, sebelum ini, kalau nak berurusan dengan 3 institusi sektor awam, kita perlu isi banyak dokumen berbeza dan bawa berpuluh dokumen sokongan. Tapi maklumat yang diisi hampir sama.


"Sekarang di bawah Pangkalan Data Utama (PADU), semua data di bawah satu bumbung," katanya lagi.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page