Pacu reformasi pendidikan, KPM fokus sistem pendidikan lebih baik
- Suara Keadilan
- 2 days ago
- 1 min read

Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan akan diadakan di Sarawak bulan hadapan, kata Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek.
Menerusi satu sidang media selepas menghadiri satu acara pada Ahad beliau berkata, sambutan itu yang bertemakan "Guru Pemacu Reformasi Pendidikan" akan memberi penekanan kepada sistem pendidikan negara yang lebih baik.
"Reformasi sekolah ini mesti diterajui oleh para guru dan pentadbir, untuk memastikan bahawa apa yang sedang kita laksanakan ketika ini benar-benar memberikan kesan dan impak kepada pendidikan negara," kata Fadhlina.
Terdahulu beliau merasmikan Gerakan Massa #terimakasihcikgu Peringkat Kebangsaan Tahun 2025 di sebuah pusat membeli belah di Taiping.
Ia merupakan program untuk menyemarakkan Sambutan Hari Guru yang matlamatnya untuk menghargai dan memberi pengiktirafan kepada kumpulan pendidik yang dianggap telah memberi sumbangan bakti yang besar kepada negara.
Turut hadir pada acara itu ialah Timbalan Menteri Pendidikan Wong Kah Woh serta Ketua Pengarah Pendidikan Datuk Azman Adnan.
Sementara itu menurut Fadhlina, selain enam inisiatif yang diumumkan kerajaan sebelum ini dalam usaha memperkasakan guru, pihak kementerian turut memberi tumpuan kepada penambahbaikan di peringkat paling kecil iaitu sistem persekolahan dalam bilik darjah.
Comments