top of page

'PAC nak siasat apa? Pajakan keretapi elektrik belum ditandatangani'



Menteri Pengangkutan Anthony Loke mempersoal kewajaran tindakan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) yang mahu melakukan siasatan terhadap perolehan kereta api elektrik oleh Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) secara pajakan selama 30 tahun bernilai RM10.7 bilion.


Beliau berkata projek tersebut masih di peringkat perancangan dan tiada sebarang kontrak telah ditandangani.


"Saya tidak tahu apa yang mereka (PAC) mahu siasat. Kontrak pun belum dimeterai. Tiada apa yang perlu mereka siasat kerana ia masih di peringkat perancangan.


"Ia masih belum ditandatangani seperti yang telah saya nyatakan di Parlimen berkali-kali," katanya kepada pemberita selepas menyaksikan majlis pemeteraian perjanjian usaha sama antara Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) dan China Communications Construction (ECRL) Sdn Bhd (CCCECRL) di Putrajaya hari ini.


Pada 12 Disember lalu Pengerusi PAC Datuk Mas Ermieyati Samsudin mengumumkan akan memulakan prosiding lima isu baharu pada sidang Dewan Rakyat akan datang antaranya perolehan kereta api elektrik secara pajakan selama 30 tahun bernilai RM10.7 bilion, prosiding pengurusan lapangan terbang, pelaburan domestik Khazanah Nasional Bhd dan pembangunan tanah Kuala Lumpur.


Pada 14 Ogos lalu, Anthony Loke dipetik sebagai berkata Kementerian Pengangkutan membuat keputusan untuk melaksanakan strategi baharu perolehan aset tren-tren penumpang untuk rangkaian KTMB dengan kaedah pajakan melalui mekanisme kerajaan dengan kerajaan antara Malaysia dengan China.


Beliau berkata strategi tersebut dibuat bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan pengangkutan awam, dengan fasa satu bermula dari 2024 hingga 2027dan menyasarkan penambahan 62 set tren penumpang baharu.


Penambahan sebanyak 62 set tren penumpang dalam Fasa 1 merangkumi 36 set three car set (3CS) Electric Multiple Unit (EMU); 12 set Six Car Set Electric Multiple Unit (EMU); serta 14 set Six Car Set (6CS) Diesel Multiple Unit (DMU).


Kos pajakan merangkumi semua tahap penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih oleh entiti yang membekalkan tren untuk tempoh pajakan.


"Penyelenggaraan berjadual yang dilaksanakan secara berstruktur oleh syarikat-syarikat original equipment manufacturer (OEM) akan memastikan ketersediaan dan kebolehupayaan set tren pada tahap yang cemerlang," kata Anthony Loke dipetik.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page