top of page

PAC lawat loji rawatan kumbahan bermasalah di Bayan Baru - Sim Tze Tzin



Jawatankuasa Kira Kira Wang Negara (PAC) di bawah Parlimen Malaysia baru baru ini melakukan lawatan ke Loji Rawatan Kumbahan dan Rangkaian Pembetungan di Parlimen Bayan Baru, Pulau Pinang susulan kelewatan projek berkenaan disiapkan.


Menurut Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin, rombongan 11 ahli PAC tersebut turun ke Bayan Baru melawat projek terbabit susulan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) mengenai masalah kelewatan serius perjalanan projek tersebut.


"Lawatan kerja ini dijalankan kerana PAC mendapati projek ini telah mengalami 10 kali Extension of Time (EOT).


"Projek bermula Oktober 2015, sepatutnya siap Jun 2018. Tetapi mengalami 10 kali EOT. Maka tarikh terbaru projek siap adalah pada Jun 2026," katanya dalam catatan di Facebook.


Pelbagai faktor diselidiki dalam lawatan PAC ke projek bermasalah di Bayan Baru

Dapatan daripada lawatan itu, kata Tze Tzin, akan digunakan oleh PAC dalam prosiding di Parlimen hari Isnin ini untuk mengkaji semua aspek berkenaan projek itu.


PAC kemudian, katanya, akan membuat laporan dan syor kepada kerajaan untuk melakukan sebarang penambahbaikan.


Rombongan melawat Projek Loji Rawatan Kumbahan Serantau dan Rangkaian Paip Pembentungan (Fasa 2) itu diketuai oleh Ahli Parlimen Masjid Tanah (Pengerusi PAC), Ahli Parlimen Seputeh (Timbalan), Ahli Parlimen Bayan Baru, Ahli Parlimen Sik, Ahli Parlimen Kubang Pasu, Ahli Parlimen Shah Alam, Ahli Parlimen Betong, Ahli Parlimen Saratok, Ahli Parlimen Wangsa Maju, Ahli Parlimen Tampin dan Ahli Parlimen Kapar.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page