top of page

P Pinang salur hampir RM55 juta program i-Sejahtera sepanjang 2024



Kerajaan Negeri Pulau Pinang sudah membelanjawan RM54.8 juta sepanjang tahun lalu sebagai sumbangan untuk kebajikan warga emas di negeri itu.


Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, peruntukan menerusi program i-Sejahtera itu melibatkan 284,000 warga emas yang telah berdaftar.


"Kerajaan negeri, melalui wawasan Penang 2030, berhasrat untuk mewujudkan masyarakat di mana setiap individu berasa dihargai, disokong dan diberi kuasa.


"Ketika Pulau Pinang mengharungi cabaran penduduk yang semakin tua dan keperluan golongan kurang bernasib baik, kami menyedari kepentingan pendekatan holistik.


"Kerajaan negeri melalui program seperti i-Sejahtera secara konsisten mengutamakan kesejahteraan semua rakyat. Sehingga Oktober 2024, RM54.8 juta telah diperuntukkan untuk memanfaatkan 284,095 penerima, mencerminkan komitmen kami yang tidak berbelah bahagi terhadap maruah dan menjaga warga tua dan kurang bernasib baik," kata Chow dipetik.


Beliau sebelumnya menghadiri Majlis Red Packet Giveaway And Cheque Presentation di Georgetown pada Ahad.


Dalam majlis tersebut, sebanyak 13 pertubuhan kebajikan menerima sumbangan RM15,000 setiap satu yang melibatkan jumlah keseluruhan sebanyak RM195,000


Manakala seramai 2,000 warga emas turut menerima sumbangan berbentuk angpau sempena sambutan Tahun Baharu Cina daripada Ketua Menteri.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page