top of page

P Pinang digesa wujudkan Agro Farm, tingkat insfrastruktur sekolah Tamil



Oleh: Akmal Manaf


Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Uban, Pulau Pinang, A Kumaresan mencadangkan agar diwujudkan Agro Farm di negeri tersebut dalam memastikan bekalan makanan yang mencukupi dan berkualiti.


Beliau berkata, Agro Farm bukan sahaja akan memberikan manfaat kepada penduduk daripada segi bekalan makanan tetapi juga menawarkan pelbagai kelebihan dengan membantu meningkatkan pengeluaran makanan tempatan, seterusnya mengurangkan kebergantungan kepada makanan import.

''Kita tidak dapat menafikan bahawa sektor pertanian adalah nadi kepada ekonomi negeri. Namun, dengan urbanisasi yang pesat dan perubahan iklim yang semakin ketara, kita menghadapi cabaran besar bagi memastikan bekalan makanan yang mencukupi dan berkualiti,'' katanya pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang.


Dalam perbahasan sama, Naib Pengerusi KEADILAN Pulau Pinang itu turut membangkitkan mengenai infrastruktur di sekolah Tamil.

Katanya, sekolah-sekolah Tamil bukan sahaja berfungsi sebagai pusat pendidikan, tetapi sebagai tempat warisan budaya dan bahasa Tamil dipelihara dan diperkukuhkan.

''Seperti yang kita sedia maklum, sekolah Tamil sering menghadapi cabaran dari segi infrastruktur. Ada sekolah ini beroperasi dalam keadaan yang kurang memuaskan, dengan kemudahan yang tidak mencukupi untuk memenuhi keperluan pendidikan pelajar.

''Masalah ini bukan sahaja memberi kesan kepada pembelajaran, tetapi juga mempengaruhi motivasi dan pencapaian akademik pelajar,'' ujarnya kepada dewan.


Perkara lain yang disentuh wakil rakyat itu adalah berkaitan peluang perniagaan untuk usahawan India di negeri tersebut.


Kumaresan berkata, sebagai sebuah negeri yang kaya dengan kepelbagaian budaya dan warisan, Pulau Pinang mempunyai potensi yang besar untuk menggalakkan pertumbuhan usahawan, khususnya dalam kalangan masyarakat India.

Namun katanya, terdapat jurang yang perlu diberi perhatian antaranya penglibatan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana India.

''Oleh yang demikian, ingin saya cadangkan kepada Kerajaan Negeri mengadakan kerjasama erat bersama Penang Indian Chamber supaya mengenal pasti jurang dan mengambil tindakan progresif bagi mengatasi perkara tersebut,'' kata beliau yang juga Naib Ketua KEADILAN Bayan Baru.

0 comments

コメント


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page