Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberikan nasihat istimewa kepada Otai Reformis.
Nasihat itu adalah sempena penghargaan kepada jasa dan kesetiaan Otai Reformis dalam memperjuangkan KEADILAN selama lebih 20 tahun.
"Mereka ini kekal konsisten dalam perjuangan menegakkan keadilan dan agenda reformasi di negara ini.
"Saya ingatkan mereka untuk terus mantapkan parti, juga tidak dilupa untuk berlaku adil kepada semua pihak tanpa kira kaum," katanya menerusi akaun Facebook rasminya.
Gerakan Otai Reformis ditubuhkan pada tahun 1998 sebagai usaha untuk melakukan perubahan secara menyeluruh serta mendokong agenda reformasi terhadap kerajaan dan negara.
Gerakan itu akhirnya membantu menubuhkan parti KEADILAN, dan sejak itu Otai Reformis menjadi sinonim dengan perjuangan parti sehingga ke hari ini.
Comments