top of page

Ops Kesan 2.0: KPDN keluar 191 notis, buka 3 kertas siasatan



Oleh: Azuan Ab Rahman


Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menerima 23 aduan berkaitan kenaikan harga susulan pelarasan semula mekanisme pengagihan subsidi diesel diumum kerajaan.


Timbalan Menteri KPDN, Fuziah Salleh berkata Ops Kesan 2.0 yang dilancarkan sebagai persiapan kepada pelaksanaan penyasaran subsidi diesel telah menjalankan pemeriksaan ke atas 346 premis setakat semalam.


Susulan itu tiga kertas siasatan dibuka dan 191 notis telah dikeluarkan kepada peniaga.


"Pihak KPDN telah membuat persediaan rapi bagi menangani sebarang aduan terhadap mana-mana peniaga yang didapati menaikkan harga pada kadar tidak munasabah.


"Terutama kepada mereka yang telah mendapat manfaat daripada penyasaran subsidi diesel dan kepada peniaga yang sememangnya tidak layak menerima subsidi diesel sebelum pelaksanaannya," katanya dalam kenyataan.


Melalui kenyataan sama Fuziah berkata, bagi menjaga dan melindungi hak pengguna, KPDN akan mengambil tindakan tegas kepada individu atau syarikat yang melakukan kesalahan dibawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011


Katanya, bagi sebarang kenaikan harga yang tidak munasabah berikutan pelaksanaan penyasaran subsidi diesel, orang ramai boleh mengemukakan sebarang maklumat dan aduan melalui talian khas Ops Kesan 2.0 iaitu 012-6654292.

0 comments

コメント


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page