top of page

Operasi penggantian MyKad di PPS Putra Heights diteruskan hingga Ahad

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Apr 3
  • 1 min read

Bagi mangsa yang cedera penggantian dokumen di PPS memudahkan mereka. Foto FB Saifuddin Nasution
Bagi mangsa yang cedera penggantian dokumen di PPS memudahkan mereka. Foto FB Saifuddin Nasution

Operasi Jabatan Pendaftaran Negara bagi menggantikan dokumen diri, terutama MyKad bagi mangsa kebakaran letupan paip gas di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Masjid Putra Heights diteruskan hingga Ahad ini.


Menurut satu kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berpuas hati dengan operasi hari ini namun akan meneruskan sehingga hujung minggu bagi memudahkan mangsa yang mungkin pulang ke kampung berhari raya untuk melakukan penggantian dokumen pengenalan keluarga.


"Alhamdulillah setakat petang ini, saya dimaklumkan bahawa sebanyak 27 kad pegenalan dan 86 sijil kelahiran ganti telah dibuat oleh team operasi bas MEKAR Jabatan Pendaftaran Negara yang bermula jam 9.00 pagi tadi di Pusat Pemindahan Sementara yang menempatkan mangsa insiden kebakaran letupan gas.


"Saya turut dimaklumkan bahawa bas MEKAR akan meneruskan operasi yang sama esok bermula jam 9.00 pagi, manakala pada hujung minggu ini JPN akan menyediakan van MEKAR untuk tujuan yang sama," katanya.


Oleh itu, kata Saifuddin, mangsa yang berada di kampung semasa kejadian boleh pendapatkan penggantian dokumen kelahiran melalui inisiatif MEKAR sehingga Ahad.


"Syabas saya ucapkan kepada team MEKAR JPN yang menjalankan operasi ini dan saya harap mangsa-mangsa di PPS akan memanfaatkan sepenuhnya inisiatif ini," katanya lagi.


JPN menempatkan Bas Mekar JPN di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Masjid Putra Heights sejak pagi tadi bagi memudahkan mangsa kebakaran menggantikan dokumen pengenalan diri.

ความคิดเห็น


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page