top of page

Operasi menyelamat: Bomba akan perkenal ambulans udara



Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) merancang memperluas operasi helikopter milik Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) bagi kemudahan perkhidmatan air-ambulance atau ambulans udara.


Menterinya, Nga Kor Ming, berkata melalui langkah itu, ia akan membantu kerajaan menjimatkan sekurang-kurangnya RM15 juta setahun.


"Satu penggal, lima tahun kita boleh jimat RM75 juta kerana amalan kerajaan dahulu, dia outsource (sumber luar) kepada sektor swasta, kosnya RM20 juta setahun.


"Apabila JBPM ambil alih, setahun boleh jimat RM15 juta dan ini adalah satu lagi inisiatif menuju ke arah Malaysia Madani,” katanya.


Nga berkata begitu ketika menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2023 peringkat jawatankuasa bagi kementerian itu di Dewan Rakyat semalam.


Mengulas lanjut cadangan itu, beliau berkata kementeriannya akan bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan (KKM) supaya perkhidmatan itu dapat diperkenalkan sebelum hujung tahun ini.


Difahamkan melalui perkhidmatan ambulans udara, antara lain bagi usaha menyelamat mangsa di kawasan pedalaman dan kes kemalangan jalan raya di lebuh raya.

0 comments

Commentaires


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page