top of page

‘Obsesi keluarkan caruman KWSP tunjuk kesan negatif’ - AMK Selangor



Oleh: Abdullah Zaid


Dasar membenarkan tiga kali pengeluaran caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada era pemerintahan Kerajaan Perikatan Nasional (PN) kini mula menunjukkan kesan negatif ekoran pencarum yang menyesal mengeluarkan wang simpanan mereka.


Bagi Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor, Atillah Sani, pendirian Kerajaan Madani pada waktu ini yang tidak membenarkan pengeluaran caruman KWSP sejak mengambil alih tampuk pemerintahan pada November 2022 adalah suatu polisi yang tepat.


"Kita didesak dan diasak oleh pembangkang PN untuk bersikap terbuka memberikan pilihan kepada pencarum berhubung pengeluaran KWSP secara bersasar (sejak Nov 2022).


"Pembangkang (seolah olah) lupa bahawa keadaan kita (pada 2022 - 2024) berbeza berbanding zaman pandemik Covid 19 yang mana kini kita sudah keluar daripada permasalahan (lockdown) tersebut.


"Dulu ia (pengeluaran KWSP) mungkin ada keperluan tetapi kini ekonomi kita telah dibuka semula berbanding sebelumnya (2020 - 2021)," kata Atilla kepada Suara Keadilan.

Atillah Sani

Menurut beliau lagi, kesan tindakan kerajaan terdahulu yang membenarkan empat kali pengeluaran caruman KWSP telah menyebabkan hanya 30% sahaja pencarum yang mempunyai simpanan melebihi RM240,000 dan layak untuk bersara dengan selesa dan bermaruah.


"Kita perlu menghentikan obsesi terhadap (pengeluaran caruman) KWSP kerana ianya bukanlah satu-satunya jalan penyelesaian terhadap masalah kesempitan kewangan rakyat.


"Rakyat juga perlu tahu bahawa langkah yang diambil kerajaan PN sebelum ini merupakan langkah populis yang akhirnya membawa mudarat kepada negara. Ini yang harus kita elakkan," ujarnya.


Terdahulu, Kosmo! Online pada Isnin melaporkan rata-rata pengguna maya di Facebook mengakui telah tersilap langkah membuat pengeluaran wang menerusi inisiatif yang diperkenalkan kerajaan terdahulu.


Tinjauan itu mendapati kebanyakan wang yang dikeluarkan termasuk melalui skim i-Lestari, i-Citra dan i-Sinar telah habis digunakan, sekali gus memberi kesan kepada jumlah keseluruhan caruman untuk hari tua.


Situasi itu, menyebabkan mereka memilih tidak memindahkan sebahagian daripada baki simpanan dalam Akaun Sejahtera atau Akaun 2 ke Akaun Fleksibel.

0 comments

Commenti


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page