top of page

NUTP sokong pemakaian lencana Jalur Gemilang di seragam sekolah



Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) menyambut baik pelaksanaan pemakaian lencana Jalur Gemilang pada pakaian seragam pelajar berkuatkuasa 21 April ini.


Setiausaha Agungnya, Fouzi Singon, dalam kenyataan menyifatkan inisiatif itu bukan hanya simbolik kecintaan terhadap negara tetapi juga satu langkah penting dalam mengukuhkan identiti nasional dan perpaduan dalam kalangan pelajar.


"Langkah ini membuktikan komitmen kerajaan dalam menerapkan nilai-nilai patriotik secara inklusif di semua institusi pendidikan di bawah kelolaan Kementerian Pendidikan (KPM).


"Kami turut menghargai usaha KPM yang membekalkan dua unit lencana secara percuma kepada setiap pelajar bagi memastikan pelaksanaan dasar ini berjalan lancar tanpa membebankan ibu bapa," katanya dipetik.


Terdahulu KPM memaklumkan pelaksanaan pemakaian lencana itu pada pakaian seragam murid di semua institusi pendidikan bawah kelolaannya secara berperingkat.


Langkah ini melibatkan sekolah kerajaan, sekolah bantuan kerajaan, Kolej Matrikulasi dan Institut Pendidikan Guru Malaysia dengan tujuan menyemai semangat patriotisme dalam kalangan murid dan pendidik.


Sementara itu menurut Fouzi, pihaknya menggalakkan semua pihak termasuk guru, ibu bapa dan masyarakat untuk menyokong inisiatif ini agar ia dapat mencapai matlamat yang dihasratkan.


Sebagai kesatuan yang mewakili pendidik NUTP jelasnya sedia memberikan kerjasama penuh kepada KPM dalam memastikan pelaksanaan dasar ini berjalan dengan baik serta diterima positif oleh semua pihak.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page