top of page

Nurul Izzah tersenarai antara 30 individu berpengaruh

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 4 hours ago
  • 1 min read


Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar tersenarai antara 30 individu berpengaruh dalam ‘Project Syndicate Forward Thinkers List’.


Senarai yang diumumkan oleh Project Syndicate – sebuah organisasi media antarabangsa yang tidak berasaskan keuntungan itu sebagai mengiktiraf golongan intelektual yang memberi impak besar dalam bidang akademik, dasar awam, masyarakat sivil dan sektor swasta.


"Individu-individu itu terlibat dalam pelbagai isu penting daripada perubahan iklim dan geopolitik sehingga berkait dengan demokrasi liberal dan masa depan kapitalisme.


"Setiap tokoh merupakan pemimpin dalam bidang masing-masing dan kami percaya pandangan mereka bukan sahaja membentuk wacana di negara sendiri, malah memberi kesan mendalam di peringkat antarabangsa," kata organisasi itu.


Ditubuhkan pada awal 1990-an, Project Syndicate terkenal dengan penyediaan ulasan serta analisis berwibawa berkaitan isu-isu antarabangsa melalui kolaborasi dengan pemikir dan pakar dari seluruh dunia.

Selain Nurul Izzah, turut tersenarai ialah Profesor Ekonomi dari Universiti Yale, Marina Halac; Profesor Ekonomi Universiti Harvard, Oleg Itskhoki; serta Profesor Dasar Awam Universiti Oxford, Yeling Tan.


Project Syndicate turut menjelaskan, pemilihan dibuat secara teliti oleh pasukan editorial Project Syndicate dengan menilai kemampuan setiap individu dalam menyumbang kepada perdebatan politik dan sosial melalui pemikiran kritis.

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page