Tidak bertanding dalam Pemilihan KEADILAN 2022 memberi kesempatan luas kepada tokoh reformasi, Nurul Izzah Anwar untuk menumpukan sepenuh usaha menjayakan kempen Ayuh Malaysia bagi mengembalikan sokongan pengundi Atas Pagar kepada KEADILAN dan Pakatan Harapan.
Ahli Parlimen Permatang Pauh itu dalam perjalanan kempennya singgah di Selangor hari ini bertemu calon Ketua Wanita KEADILAN pusat, Rodziah Ismail.
Dalam kunjungan itu, beliau bersama Rodziah berjanji untuk bekerja keras memenangkan KEADILAN dalam pilihan raya umum akan datang.
"Dari Permatang Pauh datang jumpa Kak Ogy dan pimpinan lain kerana kita sekarang ini mahu ruang memperkukukan KEADILAN. Kita mahu pastikan lepas ini kerja keras untuk pilihan raya.
"Cabaran yang melanda itu sepatutnya memperkukuhkan kita. Kalau tak berkerja keras dan memenangkan hati pengundi Atas Pagar sukar untuk kita menang (pilihan Raya). Mahu tidak mahu kita perlu tahu apa perlu lakukan
"Seronok mendengar pengalaman (Rodziah) bersama Datuk Seri Dr Wan Azizah daalam program membantu memperkasa suri rumah," katanya.
Rodziah yang juga Exco Selangor pula berkata, sekiranya beliau menang dalam persaingan jawatan ketua wanita, kemenangan tersebut bukan milik peribadi tetapi adalah alat untuk menggerakkan usaha memenangkan KEADILAN dalam Pilihan Raya Umum ke 15 kelak.
"Alhamdulillah doakan......, kemenangan ini bukan untuk peribadi tetapi sebenarnya memperkuat parti dan melonjak menuju pilihan raya. Kita akan menang inshaAllah
"Jangan lupa untuk mendaftar aplikasi ADIL, pastikan anda mengundi atas talian," katanya.
Comments