top of page

Nurul Izzah hadiri forum pendidikan pro Palestin di Doha



Oleh: Azuan Ab Rahman


Pengerusi Social and Economic Research Initiative (SERI), Nurul Izzah Anwar dijemput menghadiri ‘Hari Antarabangsa Untuk Melindungi Pendidikan Daripada Serangan Kelima’ di Doha bermula hari ini.


Nurul Izzah menerusi catatan di laman sosialnya berkata, beliau akan menggunakan pentas acara anjuran Yayasan Education Above All itu untuk memberi pandangan bagaimana kreativiti termasuk para pempengaruh seluruh dunia mampu merapatkan jurang untuk advokasi, khusus bagi pembebasan Palestin.


"Insya-Allah, saya akan turut serta selama 3 hari dan memberi pandangan bagaimana kreativiti, termasuk para pempengaruh seluruh dunia, mampu merapatkan jurang untuk advokasi, khusus untuk pembebasan Palestin – seperti usaha kreatif yang dilakukan oleh Khairul Aming dan Sofyank96," katanya Penasihat Malaysian Humanitarian Aid And Relief (Mahar) itu.


‘Hari Antarabangsa Untuk Melindungi Pendidikan Daripada Serangan Kelima’ forum kendalian di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)


Program itu dianjurkan dengan kerjasama UNESCO, UNICEF, OHCHR dan Pejabat SRSG untuk Kanak-kanak dan Konflik Bersenjata.


"Ia akan memberi penekanan kepada aspek “The Human Cost of War” dan tumpuan kepada kesan perang yang memusnahkan peluang pendidikan kepada kanak-kanak, termasuk seluruh generasi yang terpaksa dipindahkan akibat konflik yang berpanjangan dan meluas," katanya.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page