Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar membantu kira-kira 20 warga emas bagi mendapatkan suntikan vaksin.
Beliau berkata, bantuan itu menerusi Program Jangkauan Komuniti Vaksinasi #PermatangPauh.
Katanya, ia menawarkan khidmat pengangkutan ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) khususnya bagi warga emas, orang kelainan upaya (OKU) dan ibu-ibu mengandung yang tidak mempunyai pengangkutan bagi temujanji vaksinasi mereka.
"Alhamdulillah, setakat minggu ini sahaja sudah lebih 20 warga emas yang dibantu sehinggalah mereka selesai mendapatkan vaksin.
"Kami cuba sedaya mungkin membantu agar tidak ada di antara mereka yang terlepas dari temujanji mereka terutamanya jika anak-anak mereka bekerja jauh dari kampung halaman," katanya.
Comments