top of page

Nurul Atika genggam diploma, MP Segamat selesaikan yuran tertunggak

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Mar 20
  • 2 min read

MP Segamat, Yuneswaran (kanan sekali) menyampaikan diploma kepada Nurul Atikah
MP Segamat, Yuneswaran (kanan sekali) menyampaikan diploma kepada Nurul Atikah

Hadiah terindah di bulan Ramadan buat seorang mahasiswi, Nurul Atika, anak kepada Pakcik Sarwan yang dua bulan lalu dikunjungi Ahli Parlimen (MP) Segamat, R Yuneswaran kerana keadaan keluarga kehidupan tersebut yang memerlukan bantuan.


Baru baru ini, sebaik sahaja Yuneswaran melangsaikan yuran tertunggak pengajian Atikah, pelajar itu segera mendapatkan diploma yang diimpikan beliau dan keluarganya.


"Dua bulan lalu, saya berkunjung ke rumah mereka di Kg Batu Lima, Buloh Kasap. Dalam pertemuan itu, saya melihat sendiri kesulitan yang mereka hadapi, yuran tertunggak RM10,000 telah menjadi penghalang besar buat Nurul Atika untuk menamatkan pengajian.


"Demi membantu keluarga, dia terpaksa bekerja di sebuah kedai serbaneka di Segamat, menyimpan impian yang terasa semakin jauh dari genggamannya. Saya tekad bantu melangsaikan tunggakan yurannya.


"Namun, keajaiban Ramadan membawa sinar baharu. Pihak Smart College menyerahkan secara terus sijil diploma Nurul Atika kepada saya, usai saya melangsaikannya bulan lalu.


"Saya dan staf merancang kejutan tanpa pengetahuan keluarga, bukan sekadar membawa sijil tetapi juga menyewa jubah konvokesyen khas untuk Nurul Atika," kata Yuneswaran dalam muat naik di Facebooknya.


Menurut beliau, saat jubah itu disarungkan oleh Pakcik Sarwan ke tubuh anaknya, sekeluarga itu tidak mampu menahan air mata. Suasana hiba dalam tangisan syukur bercampur kegembiraan memenuhi ruang rumah itu.


Ibu Nurul Atika teresak-esak seolah-olah tidak percaya anaknya kini benar-benar telah bergelar graduan yang menamatkan pengajian.


"Dalam suasana penuh emosi itu, saya menyampaikan khabar baik. Saya usaha surat sokongan agar urusan bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) diperkuatkan untuk membantu mereka, termasuk bantuan makanan oleh pihak kami buat keluarga ini.


"Hati semakin tersentuh apabila melihat Nurul Farhana, adik kepada Nurul Atika yang berusia 15 tahun dan merupakan OKU, memandang kakaknya dengan penuh bangga.


"Berulang kali Nurul Atika mengucapkan terima kasih, dan saya hanya mampu menitipkan pesanan penuh harapan kepadanya, gunakan kelulusan ini untuk membina kehidupan yang lebih baik, untuk keluarga yang telah banyak berkorban," katanya lagi.


Dalam pada itu, Yuneswaran juga mengucapkan terima kasih kepada Ketua Kampung, Tok Salehuddin Mohd Aris, serta pejabat Parlimen Segamat kerana membantu menjayakan misi tersebut.


Katanya, pendidikan bukan sekadar ilmu tetapi juga kunci untuk mengubah nasib.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page