top of page

NRES siasat kes penipuan tukar hak milik tanah pusaka



Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) akan menyiasat dakwaan sebuah keluarga mengalami kerugian kira-kira RM500,000 apabila tanah pusaka mereka dijual pihak tertentu.


Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Nik Nazmi Nik Ahmad Nik Nazmi berkata, kementerian mahu pihak yang didapati bersalah dikenakan tindakan undang-undang memandangkan perkara itu merupakan isu yang serius membabitkan integriti sistem tanah negara.


"Kita akan melihat secara spesifik kerana ini bukan isu baharu (dan) sebenarnya isu (ini) telah menular begitu lama. Ada juga (dakwaan) melibatkan pejabat tanah di peringkat negeri dan daerah.


"Kita di peringkat Persekutuan memandang serius (perkara ini) dan pastikan tindakan diambil bagi memastikan integriti sistem tanah negara dapat dipelihara," katanya dipetik selepas menghadiri Persidangan Akademi Hijau di Putrajaya.


Beliau mengulas laporan media berkaitan dakwaan seorang pewaris bahawa tanah pusaka bapanya di Sungai Merab, Dengkil, Selangor telah dijual pihak tidak dikenali dipercayai berpunca daripada pertukaran hak milik.


Nik Nazmi berkata kerajaan telah membangunkan platform digital, e-Tanah bagi membolehkan pelbagai urusan pentadbiran tanah dilakukan secara dalam talian sekali gus dapat mengelakkan penipuan.


"Sistem e-Tanah diuruskan secara digital maka ia dapat membantu meminimumkan kes penipuan. Kalau dulu (urusan tanah) pakai fail (dan) boleh palsukan tanda tangan, tapi sekarang pakai sistem yang agak sukar untuk ada elemen penipuan," katanya.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page