top of page

NRES lancar Dasar Perubahan Iklim Negara 2.0



Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) pada melancarkan Dasar Perubahan Iklim Negara (DPIN 2.0) bagi membimbing peralihan Malaysia ke arah ekonomi rendah karbon.


Menterinya, Nik Nazmi Nik Ahmad pada sidang media selepas merasmikan Forum Perubahan Iklim 2024: Laluan ke COP29 Baku dan pelancaran DPIN 2.) di Putrajaya pada Isnin berkata, dasar itu memberi tumpuan kepada komitmen negara serta usaha kerajaan untuk memenuhi ikrar iklim global, termasuk mencapai pelepasan gas rumah hijau (GHG) sifar bersih menjelang 2050.


"DPIN 2.0 merupakan dasar utama yang menghubungkan semua pihak berkepentingan yang berkaitan dari segi tadbir urus, pembangunan rendah karbon, penyesuaian, pembiayaan iklim, dan perkongsian serta menjadi tulang belakang kepada penggubalan Akta Perubahan Iklim Malaysia yang dijangka siap awal tahun depan.


"Ia juga seiring dengan peningkatan kekerapan dan intensiti impak perubahan iklim, kita mesti mengambil pendekatan yang komprehensif untuk membina ketahanan dan kapasiti di semua peringkat, bersedia menghadapi cabaran tidak terduga yang mungkin mengancam pembangunan masa depan kita," katanya dipetik.


Sementara itu menurut Nik Nazmi, Malaysia akan menghadiri Persidangan ke-29 Pihak-Pihak (COP29) bagi Konvensyen Rangka Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Perubahan Iklim (UNFCCC), di Baku, Azerbaijan pada 11-22 Nov depan.


Justeru Malaysia akan memberi keutamaan kepada beberapa inisiatif iklim global utama yang sejajar dengan matlamat iklim negara.


"Ini termasuk Matlamat Kuantiti Kolektif Baharu, pelaksanaan Artikel 6 Perjanjian Paris mengenai mekanisme pasaran karbon, Matlamat Global mengenai Penyesuaian dan pengoperasian Dana Kerugian dan Kerosakan.


"Kami akan terus menyokong pendekatan seimbang terhadap pembiayaan, penyesuaian, dan mekanisme kerugian serta kerosakan, dengan kerjasama serantau melalui ASEAN sebagai teraju utama," tambahnya.

0 comments

Recent Posts

See All

Komentarze


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page