top of page

NRES komited perkasa pemantauan kualiti udara



Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) komited untuk terus memperkasakan pemantauan kualiti udara di seluruh negara.


Menterinya Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, usaha pemantauan termasuk menerusi Sistem Pemantauan Pelepasan Berterusan (CEMS) itu bagi memastikan pemain industri mematuhi peraturan pelepasan udara sekali gus memelihara keselamatan dan kesihatan penduduk terutama premis berhampiran kawasan perumahan.


"Sekarang pun Jabatan Alam Sekitar (JAS) ada pantau secara langsung menerusi CEMS, memang disyaratkan untuk guna sistem itu ke atas mana-mana premis bagi pelepasan sisa ke udara ia bukan hanya dipantau JAS tetapi industri secara 24 jam, itu antara langkah diambil untuk pantau kualiti udara.


"Pencemaran udara dalam negara setakat ini terkawal, kita pantau secara dekat perkara ini tapi akan ada perbincangan lebih lanjut bukan sahaja secara umum tapi kesihatan, begitu juga di peringkat kerajaan kita akan pantau dengan teliti," katanya dipetik.


Nik Nazmi berkata begitu kepada pemberita selepas meninjau sebuah kilang penapisan minyak mentah di Port Dickson pada Isnin.


Beliau sementara itu menegaskan pemain industri mematuhi Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan peraturan-peraturan di bawahnya dan bersikap lebih proaktif mengadakan libat urus bersama penduduk setempat bagi memberi penerangan serta kefahaman berhubung proses pengoperasian premis yang kadangkala bersifat teknikal.


"Kalau dulu mungkin banyak industri terletak jauh dari tempat tinggal tapi sekarang penduduk makin ramai dan kilang semakin dekat (kawasan perumahan), jadi perlu ada tindakan proaktif pemilik premis. Pematuhan undang-undang itu mustahak tapi soal komunikasi dengan penduduk juga penting," tambahnya.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page