
Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) bercadang memperluas pembangunan kebun komuniti di tanah Persekutuan.
Menterinya, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, pihaknya bakal membincangkan perkara itu dengan Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan (JKPTG) susulan reaksi positif kepada Program Sejahtera Komuniti MADANI (SejaTi MADANI) oleh masyarakat.
"Ini inisiatif yang sangat diperlukan, khususnya di kawasan Kuala Lumpur termasuk Parlimen Setiawangsa, kebanyakan perumahan di sini bersifat strata, tidak ada tanah untuk diusahakan.
"Buat masa sekarang, kita boleh tengok option (pilihan) untuk dibuat kebun ataupun beberapa alternatif untuk memberi kemudahan kepada orang ramai.
"Mungkin kita boleh tengok tanah-tanah di bawah JKPTG, tanah persekutuan yang belum dibangunkan sekolah dan sebagainya," katanya dipetik.
Beliau sebelumnya merasmikan Projek Kebun Bandar serta Projek Kedai Buku dan Alat Tulis Perbadanan Pengurusan Embun Emas di Dewan Khidmat Masyarakat Kelumpuk Embun Emas di Setiawangsa pada Sabtu.
Program Sejahtera Komuniti MADANI (SejaTi MADANI) merupakan inisiatif Kerajaan MADANI yang bertujuan untuk merancakkan aktiviti ekonomi di peringkat komuniti menerusi pemberian dana antara RM50,000 hingga RM100,000 kepada komuniti yang layak.
Sementara itu menurut Nik Nazmi, Program SejaTi MADANI ialah konsep bottom-up yang terhasil daripada permintaan masyarakat yang walaupun bersifat mikro tetapi mampu memberi impak langsung.
"Di Parlimen saya, program ini sangat positif. Kita juga ada satu kebun bandar di kawasan Setapak Permai. Selain penduduk, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), kita juga dapat kerjasama pihak (bank) yang turut membantu menyokong dan mengembangkan program sebegini,
"Saya sebagai menteri dan wakil rakyat akan bantu menerapkan nilai kelestarian dalam kebun ini untuk dikembangkan lagi," katanya yang juga Ahli Parlimen Setia
Comments