top of page

NRES akan bawa usul kelestarian alam sekitar pada Kepengerusian ASEAN



Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) memandang serius laporan media Jerman Deutsche Welle yang mendakwa Malaysia adalah pengimport sisa plastik kedua terbesar dari Kesatuan Eropah (EU).


Menterinya Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, pelbagai usaha berterusan sedang dilaksanakan dengan pelbagai kementerian dan agensi untuk membanteras pengimportan sisa haram ke dalam negara.

"Mulai tahun 2026, EU akan mengenakan sekatan ketat terhadap eksport sisa, khususnya sisa plastik, ke negara-negara bukan OECD (Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi).


"Malaysia selaku negara yang sering menjadi destinasi utama pengimportan sisa secara haram sangat menyambut baik usaha ini dan sudah tiba masanya negara memandang serius isu penjajahan sisa ini," katanya dipetik.


Mengulas lanjut beliau menegaskan, kementeriannya akan tindakan drastik termasuk melaksanakan perwakilan kuasa daripada Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (AKAS 1974) oleh Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi jenayah alam sekitar melibatkan sisa plastik akan diperkenalkan.


Selain itu, kerajaan telah menetapkan supaya nisbah sumber import yang dibenarkan hanya sebanyak 70% berdasarkan kapasiti kilang dan selebihnya haruslah menggunakan sisa plastik tempatan bagi merancakkan sektor kitar semula tempatan.


Justeru tambahnya, NRES akan membawa cadangan hala tuju pengurangan kuota import sisa plastik pada Kepengerusian ASEAN pada tahun hadapan memandangkan banyak negara terkesan dengan masalah yang sama.


Sejajar dengan aspirasi ASEAN untuk kelestarian alam sekitar, Malaysia akan memimpin usaha untuk memperkenalkan langkah-langkah yang lebih tegas serta dasar yang lebih ketat dalam menangani isu alam sekitar di peringkat serantau, tambahnya.

Comentarios


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page