top of page

Noktah kemiskinan masyarakat India keutamaan Kerajaan MADANI



Oleh: Azuan Ab Rahman


Usaha membasmi kemiskinan termasuk dalam kalangan kaum India di negara ini akan terus menjadi keutamaan di bawah pentadbiran Kerajaan MADANI.


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi satu hantaran di media sosialnya berkata, kerajaan komited untuk memastikan tiada kumpulan atau kelompok masyarakat yang dipinggirkan dari usaha tersebut.


"Di pihak Kerajaan, kami akan terus bekerja dengan gigih agar tidak ada kumpulan dan kelompok masyarakat yang dipinggirkan, terutamanya kaum India.


"Kemiskinan di kalangan kaum India akan terus menjadi keutamaan Kerajaan.


"Lantas, kebersamaan dan perpaduan mesti terus diperkukuh sebagai jalan ampuh menjelmakan perubahan dan keamanan buat negara" katanya.


Kenyataan itu menyusul sambutan perayaan Ponggal yang dirai masyarakat Tamil selama empat hari bermula semalam sebagai tanda kesyukuran atas hasil tuaian.


Dalam kalendar Tahun Tamil (Tahun Thiruvalluvar), Ponggal yang bermaksud "melimpah," menandakan permulaan bulan Thai. Masyarakat Tamil meraikannya sebagai perayaan kedua terbesar mereka selepas Deepavali.


"Mewakili keluarga besar Malaysia, saya mengucapkan Selamat Tahun Baru Tamil dan selamat menyambut Perayaan Ponggal kepada seluruh masyarakat India terutamanya komuniti Tamil.


"Justeru, saya mengharapkan perayaan Ponggal pada tahun ini disambut dengan lebih meriah dan lebih bermakna di samping keluarga dan yang tersayang," katanya.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page