top of page

Noh Omar sertai Bersatu tambah kemelut dalaman parti?



Penyertaan bekas Pengerusi UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar ke dalam Bersatu kelmarin berkemungkinan menambah lagi polemik perebutan kuasa dalam parti pembangkang itu, terutama di Selangor.


Menurut Pengarah Strategi KEADILAN Selangor, Saifuddin Shafi Muhammad, Noh Omar yang merupakan penyokong kuat bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dipercayai dibawa masuk ke dalam Bersatu bagi mengukuhkan pemimpin atasan parti berkenaan yang didakwa mahu menjatuhkan Datuk Seri Azmin Ali dalam pemilihan parti yang dijangka diadakan tahun ini


"Azmin diketahui umum tidak mempunyai hubungan politik yang baik dengan Tan Sri Noh Omar, malah Azmin yang mula-mula menggelar mantan Ahli Parlimen Tanjung Karang itu sebagai 'Noh Udang' sebelum menjadi sensasi di media sosial.


"KEADILAN Selangor melihat hal ini sebagai satu lagi episod pertembungan terbuka Bersatu Selangor selepas Ahli Dewan Negeri (ADN) Selat Klang, Datuk Abdul Rashid Asari menyatakan bahawa Azmin seorang 'pembuli' sehingga menjadi salah satu sebab mengapa beliau menyatakan sokongan kepada kepimpinan Datuk Seri Amirudin Shari selaku Menteri Besar Selangor yang membawa kepada pemberhentian keanggotaannya dalam Bersatu," kata Saifuddin dalam kenyataan.


Setiausaha Politik MB Selangor itu juga mendakwa, berkemungkinan nasib Azmin Ali selepas ini tidak akan lebih baik daripada Rashid yang terpaksa meninggalkan Bersatu demi kelangsungan politiknya.


"KEADILAN Selangor yakin percakaran sesama sendiri Bersatu Selangor selepas ini akan terus membongkar wajah sebenar parti itu yang begitu tamakkan kuasa semenjak Langkah Sheraton lagi," katanya.


Buat Bersatu Selangor, Saifuddin mengucapkan 'tahniah' dengan perginya Datuk Rashid diganti Noh Omar yang mungkin akan berlaga melawan Azmin Ali dalam masa terdekat.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page