top of page

NIOSH sokong hasrat PM Anwar perkukuh industri penerbangan negara



Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) menyokong penuh hasrat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memperkukuh industri penerbangan negara.


Menerusi satu kenyataan NIOSH berkata, pihaknya bersedia membantu syarikat-syarikat penerbangan mematuhi piawaian kelestarian antarabangsa dengan menyediakan latihan dan pelbagai perkhidmatan berkaitan keperluan keselamatan dan kesihatan pekerjaan (KKP).


"Latihan boleh dilaksanakan oleh NIOSH Certification Sdn Bhd (NIOSHcert) khususnya Skim Pengimbangan dan Pengurangan Karbon untuk Penerbangan Antarabangsa (CORSIA).


"CORSIA diperkenalkan oleh Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) untuk mengurangkan kesan karbon daripada penerbangan antarabangsa melalui pelaporan pelepasan dan mekanisme pampasan karbon.


"Dalam konteks pematuhan kepada CORSIA, NIOSHcert merupakan badan pengesahan (verification body) tempatan pertama yang menerima akreditasi daripada Jabatan Standard Malaysia (DSM) untuk melaksanakan pengesahan pelepasan karbon di bawah program CORSIA," kata kenyataan itu.


NIOSH yang merupakan agensi dibawah Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) sementara itu memaklumkan, NIOSHcert turut disenaraikan dalam dokumen rasmi ICAO, iaitu CORSIA Central Registry (CCR): Information and Data for Transparency, dan telah diluluskan untuk menjalankan verifikasi pelepasan karbon bagi tujuan pelaporan CORSIA.


Terdahulu, ketika merasmikan Majlis Pertukaran Dokumen bagi Tempahan Penggantian Pesawat Lorong Tunggal Malaysia Aviation Group (MAG) pada Jumaat yang lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata industri penerbangan negara sedang pulih dan membina asas kukuh untuk pertumbuhan dan pengembangan berterusan.


Perkembangan tersebut seiring dengan pemulihan sektor penerbangan Asia Pasifik yang mencatat pertumbuhan tahunan tertinggi dengan peningkatan 16.9 peratus dalam hasil penumpang per kilometer (RPK).


Beliau turut menegaskan bahawa tempahan 30 pesawat Boeing 737 oleh MAG mencerminkan komitmen syarikat tersebut untuk berkembang dan kekal berdaya saing, disamping memodenkan dan mengukuhkan kedudukan negara dalam industri penerbangan global.


Sementara itu menurut NIOSH, dengan infrastruktur teknikal yang kukuh, dasar kerajaan yang progresif, serta kepakaran tempatan seperti yang ditawarkan oleh NIOSHcert, industri penerbangan negara kini berada di landasan yang tepat menuju pertumbuhan lestari yang sebenar.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page