top of page

Nilai ringgit kukuh lebih awal, beri manfaat eksport import negara - Dr Barjoyai



Oleh: Abdullah Zaid


Peningkatan nilai ringgit mencecah paras tertinggi RM4.38 berbanding sedolar Amerika Syarikat (AS) merupakan prestasi terbaik mata wang negara sejak 14 Februari 2023.


Bagi Pensyarah Universiti Tun Abdul Razak, Prof Dr Barjoyai Bardai, pengukuhan ringgit berbanding dolar AS itu berjaya meletakkan ringgit sebagai mata wang berprestasi terbaik di rantau Asia.


Menurutnya, pengukuhan ringgit didorong prospek kemelesetan di AS, dengan indikator ekonomi menunjukkan kemungkinan negara berkenaan mengalami fasa ekonomi yang kurang memuaskan dalam beberapa bulan mendatang.


"Sekarang nilai ringgit adalah RM4.3, kita meramalkan nilai ini berlaku pada Disember depan tetapi jangkaan ini berlaku lebih awal lagi, jika momentum peningkatan semasa ini berterusan, kita perlu tetapkan sasaran kepada RM4.2 (berbanding dolar).


"Tetapi kita juga perlu lihat dahulu kemungkinan penurunan kadar faedah utama AS pada September ini, jadi kita lihat dulu apa langkah seterusnya," kata Dr Barjoyai kepada Suara Keadilan.

Prof Dr Barjoyai Bardai

Katanya, pengkukuhan nilai ringgit sememangnya baik untuk eksport dan import negara tetapi manfaat kepada rakyat termasuk kesan penurunan harga di pasaran tempatan tidak dapat dilihat pada waktu terdekat.


"Sebaliknya (penurunan harga) mungkin berlaku dalam masa sebulan dua, sebelum rakyat negara ini boleh melihat impak pengukuhan nilai ringgit ke atas harga barang," katanya.


Mengenai apakah pengukuhan ringgit turut disumbangkan oleh nilai pelaburan asing yang besar dibawa masuk pada waktu ini, beliau berkata hal itu mungkin memberi kesan.


Namun bagi rakyat, katanya, kesan langsung pelaburan asing memerlukan tempoh menunggu lebih setahun untuk dirasai manfaatnya.


"Ini termasuk juga dengan komitmen pelaburan asing yang dianggar lebih RM300 bilion. Kesannya itu mungkin dilihat dalam masa dua hingga tiga tahun untuk kita mendapat manfaat ekonominya," ujar beliau.


Dalam pada itu, Barjoyai turut menyokong langkah kerajaan meningkatkan ekonomi dengan menyertai kerjasama BRICS (Brazil, Russia, India, China dan Afrika Selatan) sebagai alternatif baharu bagi mengurangkan kebergantungan dolar AS selain mengawal rizab negara RM526.282 bilion yang masih menggunakan mata wang AS.


Namun, katanya cadangan itu mestilah berhati-hati memandangkan penyumbang terbesar BRICS adalah China yang ketika ini sedang menghadapi perang dagang dengan AS.


"Cadangan kita untuk sertai BRICS ini baik, untuk kita tidak bergantung kepada dolar AS.


"Tetapi dalam masa sama kita juga tidak boleh terlalu memihak kepada BRICS sebab kebanyakkan urus niaga negara masih lagi dalam dolar dan rizab tunai kita juga kebanyakkan adalah dolar AS," kata beliau lagi.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page