top of page

‘Nilai ringgit kukuh bukti kerajaan Madani bawa dasar tepat’



Oleh: Abdullah Zaid


Pengukuhan nilai ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) sejak sebulan lalu membuktikan dasar Kerajaan Madani berada di landasan yang tepat dan betul.


Ahli Parlimen Batu Pahat, Onn Abu Bakar berkata, pencapaian luar jangka itu bukanlah kebetulan memandangkan momentun prestasi ekonomi negara termasuk petunjuk Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) yang melepasi tahap piawaian dunia jelas membuktikan kerangka ekonomi Madani kian membuahkan hasil.


"Pengukuhan ringgit ini berlaku sudah hampir sebulan, jadi ia bukanlah kebetulan. Jika kita lihat kemasukan pelabur asing dan perkembangan positif Keluaran Dalan Negara Kasar (KDNK) untuk suku kedua juga amat membanggakan.


"Ia tidak termasuk dengan petunjuk SDG yang merekodkan skor baik berbanding negara-negara lain. Ini jelas menunjukkan Kerangka Ekonomi Madani bergerak seiring dengan perkembangan ekonomi negara," katanya ketika dihubungi.


Untuk rekod, analisis SDG berpandukan 248 petunjuk menunjukkan Malaysia berada pada di sekitar 43% berbanding ketetapan pencapaian dunia 17%.


Pencapaian itu sekali gus memberikan kesan positif kepada pertumbuhan ekonomi negara.


Mengulas lanjut, Onn yang juga Setiausaha Politik Presiden KEADILAN berkata, dasar-dasar reformasi termasuk kecekapan dan integriti yang dilakukan kerajaan kini dilihat sebagai kunci utama pelabur luar datang melabur di Malaysia.


"Banyak reformasi yang dibuat kerajaan termasuk dasar fiskal negara yang memberi keyakinan kepada pelabur.


"Langkah-langkah berani termasuk integriti dan ketelusan juga membawa ekonomi negara berada di landasan yang betul," ujarnya lagi.


Setakat ini, sebanyak RM83.7 bilion nilai pelaburan asing dan domestik diluluskan bagi tempoh Januari hingga Mac 2024.


Jumlah pelaburan yang diluluskan untuk suku pertama 2024 merangkumi 1,257 projek, yang dijangka menjana 29,027 peluang pekerjaan sekaligus mencerminkan kepercayaan pelabur terhadap Malaysia.


Untuk rekod, kadar semasa ringgit berbanding dolar AS telah menghampiri paras sokongan pada 4.2128 per dolar.


Ringgit mengukuh berbanding pound Britain kepada 5.6091/6158 daripada 5.6240/6385 ketika ditutup Selasa, melonjak berbanding yen Jepun kepada 2.9940/9977 daripada 3.0244/0324 dan meningkat berbanding euro kepada 4.7236/7292 daripada 4.7375/7498 sebelum itu.

0 comments

コメント


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page