top of page

Nik Nazmi seru semua pihak 'rakyatkan' isu alam sekitar



Usaha mencari penyelesaian terhadap isu alam sekitar tidak hanya boleh ditangani oleh satu pihak sahaja, sebaliknya memerlukan kesedaran kesalinghubungan manusia dan alam sekitar.


Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES), Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, ruang perbincangan mengenai isu alam sekitar haruslah dilaksanakan pelbagai pihak tanpa mengira fahaman, kepakaran dan agama sebagai usaha untuk merakyatkan isu berkenaan khususnya kepada masyarakat awam.


Susulan itu, beliau berkata pendekatan Universiti Teknologi MARA (UiTM) yang membawa perbincangan kepentingan menjaga alam sekitar dalam bentuk pandangan agama Islam adalah sesuatu yang harus diikuti oleh pihak lain.


"Bagi saya, pendekatan yang dibawa oleh UiTM dan pihak rakan kongsi korporat sangat relevan apabila kita membawa perbincangan ini dalam bentuk sudut pandang agama," katanya dipetik.


Nik Nazmi berkata demikian semasa berucap pada penutupan Persidangan Antarabangsa Islamik tentang Pembangunan Hijau Mampan di Shah Alam pada Rabu.


UiTM menerusi Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS) dengan kerjasama Nextgreen Global Sdn Bhd menganjurkan persidangan yang dihadiri 500 peserta, mengangkat tema mengintegrasikan nilai dan inovasi global bagi mengharmonikan matlamat pembangunan mampan (SDG) di samping pelancaran Islamic Sustainable Development Goals (i-SDG) Center.


Pelancaran i-SDG Center itu juga sebagai langkah memperkasakan peranan Islam sebagai pemangkin kepada merealisasikan hasrat dan matlamat murni SDG dengan banyak peluang penyelidikan dan kajian ilmiah dapat dijalankan bagi mendukung nilai itu.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page