top of page

Nik Nazmi: Program caj pencemaran plastik dapat respon positif



Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRES) akan memperluas sesi perbincangan dan libat urus berkaitan caj pencemaran plastik.


Menterinya, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata bagi tujuan itu perbincangan diadakan bersama pihak berkuasa tempatan (PBT) dan Kerajaan Negeri.


"Setakat ini perbincangan membabitkan sembilan negeri telah dilakukan dan perbincangan bersama lima negeri lain iaitu Terengganu, Pahang, Kelantan serta Sabah dan Sarawak akan dilakukan bulan depan.


"Ada negeri yang telah ke hadapan dalam hal ini, jika boleh, kita mahu melebarkan lagi program ini.


"Cuma di beberapa negeri, perkara ini adalah sesuatu yang baharu tetapi ada peruncit yang membuat inisiatif sendiri (tidak membekalkan beg plastik), termasuk di negeri yang belum mewajibkannya," katanya dipetik.


Nik Nazmi ditemui pemberita pada Program Jelajah Kelestarian Alam: Dari Anak Muda kepada Dunia di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di Bangi pada Isnin.


"Saya percaya perkara ini adalah satu proses pendedahan yang perlu dilakukan secara berterusan. Di Lembah Klang dan Pulau Pinang perkara ini telah dilakukan bertahun-tahun," tambahnya.


Pada acara itu Nik Nazmi menyaksikan pertukaran memorandum persefahaman (MoU) di antara Yayasan Penyelidikan Antartika Sultan Mizan (YPASM) dan Pusat PERMATA@Pintar Negara UKM.


Di bawah MOU ini, pelajar PERMATA@Pintar Negara berpeluang ditempatkan di salah satu Makmal Polar di 10 universiti yang mempunyai jalinan kerjasama 'Smart Partnership' dengan YPASM.


Ia sebagai sebahagian usaha memberikan pendedahan awal kepada pelajar mengenai pembabitan Malaysia, penyelidikan dan isu-isu alam sekitar dan tadbir urus membabitkan Wilayah Polar.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page