top of page

Nik Nazmi: Plastik sekali guna tidak dibenarkan program agensi kerajaan



Semua agensi kerajaan perlu melaksanakan tindakan menghindari penggunaan plastik sekali guna di organisasi masing-masing bagi semua program termasuk mesyuarat dan majlis rasmi.


Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) Nik Nazmi Nik Ahmad berkata perkara itu dimaklumkan menerusi edaran Surat Pekeliling Am Bilangan 6 Tahun 2024 berkaitan Strategi Pelaksanaan Menghindari Plastik Sekali Guna yang telah mula berkuat kuasa pada tarikh pekeliling dikeluarkan iaitu pada 12 Julai lepas.


Melalui satu kenyataan pada Khamis, beliau berkata, strategi itu juga telah dibentang serta diambil maklum oleh Jemaah Menteri yang bermesyuarat pada Rabu.


Justeru tegasnya, semua jabatan dan agensi terlibat perlu mengikuti panduan bagi menghindari penggunaan plastik sekali guna termasuk menggantikan botol minuman plastik dengan botol kaca atau menyediakan jag air; dan menggantikan pembalut plastik di piring, pinggan, mangkuk dengan penutup makanan yang boleh diguna semula.


"Semua pihak yang berkenaan juga disaran tidak menyediakan pinggan, piring, mangkuk, cawan atau kutleri bersifat sekali guna, serta mengelakkan penggunaan straw plastik; di samping menyediakan water dispenser untuk kemudahan isian semula.


"Amalan-amalan baik seperti membawa bekas makanan, sudu, garpu dan penyedut minuman yang boleh diguna semula untuk kegunaan peribadi; serta menggunakan beg woven atau beg khas yang boleh diguna semula semasa membeli makanan dan minuman di kafeteria, hendaklah diteruskan pelaksanaannya," kata kenyataan itu


Menurut kenyataan sama, beliau turut menyatakan komitmen kementeriannya menangani pencemaran plastik terutamanya plastik sekali guna yang memberi kesan negatif kepada kelestarian alam sekitar, kesihatan awam dan ekonomi negara.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page