top of page

Nik Nazmi buat lawatan mengejut, tinjau premis punca pencemaran air Selangor



Oleh: Abdullah Zaid

Insiden pencemaran bau di Loji Rawatan Air (LRA) Rantau Panjang, Sungai Selangor mendapat perhatian Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) Nik Nazmi Nik Ahmad.


Sehubungan itu, Nik Nazmi telah membuat lawatan mengejut ke kilang yang disyaki terlibat dalam pencemaran air sungai terbabit.


Menurutnya, pemeriksaan Jabatan Alam Sekitar (JAS) mendapati punca pencemaran bau adalah akibat kebocoran bahan kimia Poly Metha Acrylic Acid (PMAA) yang dihasilkan premis berkenaan menyebabkan pelepasan bau.


"Pihak industri hendaklah memainkan peranan penting dalam memastikan operasi kilang atau premis masing-masing memenuhi semua keperluan perundangan alam sekitar dan tidak akan menyebabkan pencemaran.


"Konsep pematuhan kendiri perlulah dibudayakan dan setiap tindakan atau keputusan yang diambil hendaklah mengambil kira elemen alam sekitar," katanya dalam kenyataan.


Menurut kenyataan itu lagi, pihak JAS sudah membuka kertas siasatan bagi tindakan perundangan selain telah menahan

dua individu bagi membantu siasatan mengikut kes di bawah Seksyen 25, Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974 (Pindaan 2024).


"Kerajaan memandang serius jenayah alam sekitar dan ini sudah diterjemahkan melalui Akta Kualiti Alam Sekeliling (Pindaan) 2024 yang memperuntukkan hukuman penjara mandatori sehingga lima tahun dan denda maksimum sehingga RM10 juta jika disabitkan dengan kesalahan mencemar sungai," kata Nik Nazmi.


Tambahnya, pengusaha premis setakat ini telah menjalankan kerja-kerja pembersihan termasuk di kawasan premis, longkang dan anak sungai, selain pihak JAS telah mengemukan tiga sampel bukti ke Jabatan Kimia Malaysia (JKM) untuk ujian penentuan komposisi dan pemadanan (matching).


Kelmarin, tujuh kawasan di Lembah Klang iaitu Petaling, Klang, Shah Alam, Gombak, Kuala Lumpur, Hulu Selangor dan Kuala Selangor dilaporkan mengalami gangguan air tidak berjadual susulan empat Loji Rawatan Air (LRA) Rantau Panjang, Sungai Selangor Fasa 1 (SSP 1), SSP2 dan SSP3 dihenti tugas sementara.


Ia susulan insiden pencemaran bau dikesan di Sungai Kundang dan Sungai Sembah.


Setakat ini, Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) memaklumkan status pemulihan bekalan air telah mencapai 93.5% setakat 12 tengah hari tadi.


Jelasnya, bekalan air dijangka pulih sepenuhnya pada jam 8 pagi esok.

0 comments

コメント


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page