top of page

NGO anjur Karnival belia, tarik penyertaan anak muda di Kuantan



Oleh: Abdullah Zaid


Seramai 150 peserta menyertai Karnival Belia Inderapura yang dianjurkan Persatuan Kebajikan, Keselamatan dan Rekreasi Taman Seri Inderapura (PEKERTI), Kuantan baru baru ini.


Pengerusinya, Azmi Ahmad berkata, pihaknya telah berjaya mengumpul 16 pasukan terdiri daripada 150 anak muda yang diadakan di Taman Seri Inderapura, Kuantan.


"Karnival Belia Inderapura ini dijayakan selama tiga hari melibatkan pelbagai acara termasuk pertandingan sepakan penalti, bola jaring, karom dan sukaneka.


"Ianya merupakan sebahagian Program Kepimpinan dan Kejiranan (PKK) APPGM-SDG Parlimen Malaysia melibatkan program lokalisasi SDG (Sustainable Development Goals atau Matlamat Pembangunan Lestari) bersama kejiranan Inderapura," katanya dalam satu kenyataan.

Karnival merapatkan jurang dewasa, anak muda

Jelas beliau, program itu bertujuan untuk mengumpulkan anak-anak muda menyertai kegiatan-kegiatan yang bermanfaat di samping memberi maklumat tentang pembangunan belia yang lebih mampan.


Program berkenaan, katanya, telah dirasmikan Ketua Cabang KEADILAN Kuantan, Fakhrul Anuar Zulkawi yang juga Ahli Majlis Bandaraya Kuantan Zon G.


"Fakhrul Anuar dalam ucapan menekankan peri pentingnya komuniti belia diaktifkan bagi penglibatan belia di dalam pembangunan masyarakat setempat.


"Selain itu beliau turut mencetuskan idea penubuhan sebuah kelab belia komuniti supaya lebih banyak aktiviti diaturkan oleh para belia sendiri di kejiranan Inderapura ini," katanya lagi.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page