top of page

New Zealand buka peluang industri halal, tingkat nilai perdagangan 15%



Oleh: Abdullah Zaid


Perdana Menteri New Zealand, Christopher Luxon bersetuju untuk meningkatkan kerjasama industri halal bagi memperkukuhkan perdagangan dua hala dengan Malaysia.


Katanya, hasil pertemuan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, pihaknya bersetuju meningkatkan nilai perdagangan dua hala sebanyak 15% menjelang 2030.


"Kerjasama ini adalah strategik bagi kedua-dua negara, terutamanya dalam mengurangkan halangan kepada aliran perdagangan, khususnya bagi produk utama seperti hasil pertanian dan produk tenusu.


"Kami juga kini sedang bekerja ke arah pelaksanaan pensijilan e-CO (Sijil Asal Elektronik) dan memperkukuhkan kerjasama dalam bidang kastam, yang bertujuan untuk mempercepat dan memperlancar aliran perdagangan di sempadan.


"Ini sekal igus dapat meningkatkan kecekapan logistik antara Malaysia dan New Zealand," katanya menerusi sidang media bersama Perdana Menteri di Putrajaya, hari ini.


Menurutnya juga, kedua-dua negara turut bersepakat mengukuhkan pautan pendidikan dan pertukaran belia supaya generasi New Zealand dan Malaysia akan datang mempunyai hubungan erat.


Terdahulu, Perdana Menteri New Zealand itu memulakan lawatan rasmi sulungnya ke Malaysia sebaik tiba di KLIA, pada semalam dan dijangka berakhir pada 3 September ini.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page