top of page

Negeri Sembilan tawar kelebihan strategik kepada pelabur



Oleh: Azuan Ab Rahman


Syarikat berpengkalan di New Zealand dipelawa meneroka usaha sama dengan Kerajaan Negeri Sembilan terutama dalam sektor industri halal yang sedang berkembang pesat.


Menteri Besar (MB) Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, selain industri halal, pentadbirannya juga menawarkan kelebihan strategik kepada pelabur asing merentas pelbagai industri di negeri itu termasuk farmaseutikal, teknologi makanan, pertanian dan sektor teknologi tinggi.


"Saya ingin menekankan kepada semua pihak bahawa lokasi strategik Negeri Sembilan merupakan faktor utama dalam menarik pelabur asing untuk mewujudkan industri, sekali gus merangsang pembangunan ekonomi," katanya melalui satu hantaran di laman Facebooknya.


Ia sebagai mengulas sesi jaringan anjuran Invest Negeri Sembilan dengan kerjasama Persatuan Perniagaan New Zealand Malaysia (NZMBA) dan Majlis Perniagaan Asean New Zealand (ANZBC) di Auckland baru-baru ini.


Delegasi Aminuddin termasuk Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan Datuk Mohd Zafir Ibrahim, Datuk Bandar Seremban Datuk Masri Razali dan Ketua Pegawai Eksekutif Invest NS Datuk Najmuddin Sharif Sarimon.


Kehadiran beliau ke sesi tersebut sebagai komitmen Negeri Sembilan untuk memupuk hubungan perniagaan antarabangsa dan meneroka jalan baharu untuk pelaburan.


Sementara itu jelas Aminuddin, syarikat multinasional dari Jepun, Amerika Syarikat, Korea Selatan dan Belanda telah mewujudkan operasi masing-masing di Negeri Sembilan.


"Ini membuktikan keyakinan mereka terhadap keupayaan kerajaan negeri untuk menyediakan persekitaran perniagaan dan pelaburan yang kondusif," jelasnya.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page