Negeri Sembilan anjur Mantai Rayo di 36 kawasan DUN
- Suara Keadilan
- Mar 20
- 1 min read

Kerajaan Negeri Sembilan bakal memeriahkan sambutan Aidilfitri tahun ini dengan penganjuran program Mantai Rayo 2025.
Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata selain meneruskan acara tradisi di negeri itu, program turut memberi peluang kepada pengunjung untuk mendapatkan barangan persiapan Aidilfitri dengan harga berpatutan.
"Mantai Rayo 2025 akan diadakan 26 hingga 28 dan selama tiga hari.
"Kita akan adakan program Mantai Rayo dimana ada Jualan Rahmah, jualan Agro MADANi, ada Jualan Nismilan Prihatin," katanya dipetik.
Aminuddin berkata begitu selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Program Mantai Rayo 2025 di Seremban.
Sementara itu menurut beliau program tersebut merupakan manifestasi kepada keprihatinan kerajaan negeri dalam memastikan rakyat dapat menikmati daging segar.
Sehubungan itu, sebanyak 3,600 kg daging percuma akan diagihkan bersama barangan keperluan asas kepada keluarga kurang berkemampuan terpilih di semua 36 kawasan DUN di negeri itu.
"Kita selaraskan di semua 36 DUN sebanyak 100 penerima daging, 1 kilogram (kg) sorang.
"Tetapi kalau ADUN sendiri nak tambah penerima yang kita kenal pasti sebagai memerlukan itu akan diberi secara percuma," tambahnya.
Comentarios