top of page

'Negeri pembangkang ambil pendekatan sederhana demi pembangunan'



Oleh: Abdullah Zaid


Menteri Besar (MB) di negeri yang diterajui pembangkang kebelakangan ini mengambil pendekatan lebih berdiplomatik menerima salam persahabatan yang dihulurkan oleh Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim berbanding pendekatan keras yang diamalkan oleh pemimpin utama Pas.


Menurut Timbalan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Kedah, Datuk Ir Zamri Yusuf, hal itu boleh dilihat apabila MB Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis menyambut baik lawatan PM ke negeri mereka baru baru ini.


Bagi Zamri, pendekatan bersederhana itu dimulakan oleh MB Terengganu Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dan MB Perlis Mohd Shukri Ramli, disusuli MB Kelantan Datuk Mohd Nassuruddin Daud serta MB Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor demi memastikan pembangunan di negeri berkenaan terus berjalan.


"MB Pas daripada Terengganu dan Perlis lebih awal memahami Kerajaan Negeri mempunyai sumber yang terhad dan kecil berbanding keperluan negeri.


"MB Kelantan juga kemudian segera menukar ‘rentak’ (politik hentam) dan beralih irama kerana beliau memahami kedaifan negeri itu yang perlu diberi perhatian segera (oleh Kerajaan Pusat)


"MB Kedah adalah yang terakhir menyedari keperluan berdiplomatik dengan Kerajaan Persekutuan, ‘sudah terhantuk baru tengadah’, setelah melalui jalan buntu," katanya kepada Suara Keadilan.


Menurut Zamry, 'perdamaian' pemimpin pembangkang itu menjadi bukti bahawa negeri negeri yang ditadbir Pas akhirnya sedar tanpa kerjasama dengan pusat mereka tidak mampu membangunkan projek berskala besar terutama untuk mewujudkan peluang pekerjaan.


Oleh itu katanya, politik keras dan menghentam kerajaan pusat sebelum ini tidak lagi boleh diamalkan untuk mendapat peruntukan pembangunan.


"Kerajaan Negeri tidak mampu hendak memulakan sebarang projek pembangunan kerana segalanya bergantung kepada kelulusan dasar dan kemampuan kewangan dari Persekutuan," ujarnya lagi.


Untuk rekod, PM sepanjang hujung Syawal lalu menghadiri program jamuan Hari Raya Aidilfitri bersama rakyat di keempat empat negeri pembangkang.


Dalam setiap kunjungan itu beliau membawa beberapa orang Menteri kerajaan pusat supaya MB dan Exco negeri boleh memohon peruntukan untuk keperluan negeri.


Politik perdamaian Anwar itu disambut baik oleh pemimpin Pas. Pada sisi lain, rakyat boleh menilai apakah benar tohmahan pemimpin utama Pas sebelum ini bahawa Anwar mengamalkan politik dendam dan zalim terhadap negeri pembangkang.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page