top of page

Negara stabil, pelabur masuk, penjawat awam naik gaji - Mohamad Sabu



Kerajaan Madani berjaya membuktikan kestabilan politik negara memberi manfaat kepada rakyat melalui pengumuman kenaikan gaji penjawat awam melebihi 13% tahun ini.


Menurut Presiden AMANAH, Datuk Seri Mohamad Sabu, kestabilan politik yang diperolehi melalui perkongsian kuasa dalam Kerajaan Perpaduan menyebabkan pelabur asing yakin untuk melabur di Malaysia dan negara memperolehi hasil cukai yang meningkat.


"Bila Datuk Seri Anwar jadi PM, dia pergi menjelajah melawat negara luar. Bila dia melawat China, kita lihat pelabur China amat yakin dengan keamanan dan kestabilan di Malaysia ini. Maka berbilion ringgit mereka janji untuk melabur di Malaysia.


"Pergi ke Amerika Syarikat (AS), bersidang di sana, jumpa dengan Presiden AS. Walau ada beza pandangan, PM kita dengan Presiden AS hal Palestin. Tetapi ahli perniagaan sana kata Malaysia stabil kerana ada Kerajaan Perpaduan.


"Begitu juga pergi ke Jerman, ada beza pandangan isu antarabangsa tetapi di sudut perniagaan dan pelaburan mereka lihat Malaysia aman dan stabil.


"Bila pelancong dari China dan India masuk banyak, pelabur banyak masuk, maka kerajaan dapat wang. Bila kerajaan dapat wang dia akan kembalikan kepada rakyat, di antaranya setelah 12 tahun, penjawat awam diumum kenaikan gaji," katanya dalam Ceramah Mega Perpaduan di Jalan Meranti 1A, Bandar Baru Batang Kali sempena Pilihan Raya Kecil Kuala Kubu Bharu, malam tadi.


Tegas Mohamad, pelabur tak akan datang jika pembangkang buat lagi masalah dengan melancarkan Langkah Dubai, Langkah London dan sebagainya.


"Pelabur nak datang macam mana kalau sikit sikit dengar Langkah Dubai, Langkah London. Siapa nak melangkah datang ke Malaysia?


"Kalau nak tukar pemerintah tak ada masalah, tunggu pilihanraya. Sebab Langkah Sheraton itu cukup sakit dalam sejarah politik Malaysia.


"Kita tak mahu lagi langkah. PN nak maki kami, maki, nak hentam, tak ada masalah. Tetapi biar kita terlibat tukar kerajaan melalui pilihanraya," katanya.


Tambah Mohamad, dengan kestabilan politik dan kakitangan awam bekerja keras maka negara lebih makmur pada tahun ini apabila harga barangan tidak meningkat pada musim perayaan Tahun Baharu Cina dan Hari Raya Aidilfitri.


"Hasil kerjasama semua pihak, kita sambut Ramadan dan Hari Raya tahun ini barang barang tidak naik mendadak.


"Ayam bawah RM9, sayur agak murah. Peladang kerja, penternak ayam, pegawai kerajaan semua ganding bahu di bawah PM kita," katanya.


Bagaimanapun, kata Ahli Parlimen Kota Raja itu, pembangkang memainkan pula isu Kerajaan Madani tidak bela kaum Melayu.


Katanya, banyak tidak tahu Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila kerajaan bertukar, ambil alih projek Bandar Malaysia di Sungai Besi, Kuala Lumpur.


Sebanyak 50 ekar tanah di kawasan pusat kota itu dijadikan tanah rizab Melayu yang tidak pernah dibuat oleh kerajaan sebelum ini.


"Yang banyak tidak tahu PM bawa dalam mesyuarat kabinet, di tanah bekas lapangan terbang Sungai Besi itu, 50 ekar diperuntukkan sebagai tanah rizab Melayu.


"50 ekar di Sungai Besi, berapa juta harga? Ini Kerajaan Perpaduan yang ada DAP di kabinet. Dia tak bantah.


"Tanah prime land 50 ekar, ada kerajaan sebelum ini buat," katanya.


Mohamad berkata, isu perkauman perlu dikawal di negara ini dan jangan biarkan pembangkang menggunakannya untuk memecah belahkan kestabilan kaum.


Banyak negara katanya, musnah akibat perbalahan kaum dan perang saudara.


0 comments

Comentarios


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page