top of page

Negara serantau perlu kukuh kerjasama keterjaminan makanan



Corak cuaca tidak menentu dan peningkatan suhu global menjejaskan sektor pertanian negara, kata Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM).


Datuk Seri Mohamad Sabu dipetik laporan media menegaskan, rantau ASEAN terdedah ancaman perubahan iklim sekaligus menuntut kerjasama serantau dalam menangani kemungkinan kekurangan bekalan makanan.


"Kita mempunyai stok beras yang mencukupi untuk sekurang-kurangnya enam bulan. Tetapi kita tidak tahu apa yang akan berlaku akibat perubahan iklim, jadi keterjaminan makanan adalah penting.


"Kita perlu bekerjasama dengan negara lain di rantau ini untuk memastikan keterjaminan makanan kita. Pengeluaran padi kita sebelum ini ialah 71 peratus tetapi kini hanya 56 peratus.


"Kira-kira 20,000 hektar sawah padi telah ditukar kepada projek perumahan dan generasi muda enggan bekerja di sawah kerana pendapatan yang rendah," katanya dipetik ketika mengadakan lawatan ke Kemboja.


Mohamad berada di negara itu bagi lawatan kerja dan mengadakan perbincangan dengan rakan sejawatannya, Menteri Pertanian, Perhutanan dan Perikanan Kemboja, Dith Tina.


Antara topik utama yang dibincangkan termasuk keterjaminan makanan, import beras (terutama beras wangi), akuakultur, perikanan serta kerjasama dalam sektor pertanian.


Sementara itu Mohamad berkata, cabaran geopolitik dandasar eksport yang tidak menentu dalam kalangan negara pengeluar beras serta keadaan cuaca yang tidak stabil boleh mengganggu bekalan di pasaran antarabangsa, sekali gus memberi kesan kepada negara pengimport.


"Kita menghadapi masalah bekalan beras di Malaysia tahun lepas, terutama apabila India menghentikan eksport beras putih ke negara lain kerana masalah dalaman mereka," katanya.


Susulan lawatan itu jelasnya, Malaysia akan mengadakan perbincangan mendalam dengan Kemboja mengenai pengeluaran beras memandangkan negara itu menghasilkan beras lima kali ganda lebih banyak berbanding Malaysia.


"Kemboja mempunyai banyak sawah padi dan menghasilkan beras berkualiti untuk dieksport. Mungkin kita boleh membeli lebih banyak pada masa depan jika perlu," jelasnya.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page