top of page

'Negara perlukan stabiliti, anggota KEADILAN perlu konsisten idealisme parti'



KEADILAN telah berjaya mengharungi perjuangan 25 tahun penuh pancaroba sehingga tokoh besar parti itu diangkat sebagai Perdana Menteri Malaysia ke 10.


Bagaimanapun selepas menikmati kegemilangan itu, tetap wujud cabaran baharu yang perlu dihadapi oleh anggota.


Bagi Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar, anggota parti perlu bersedia mendepani cabaran dua dekad ke hadapan terutama menghadapi politik perkauman dan agama sempit yang dibawa pembangkang dengan cara menjunjung amalan politik sederhana KEADILAN dalam dunia yang semakin bergejolak.


"Jadi dalam konteks apa yang berlaku di Gaza, konflik sedunia, dan kedudukan Malaysia waktu ini, bukan sahaja memerlukan stabiliti tetapi juga idealisme perjuangan yang mampu beristiqomah (dengan amalan politik sederhana).


"Konsisten (dengan kesederhanaan) dalam 25 tahun mendatang, maka saya mengajak setiap seorang ahli kembali beraksi kerana masa itu sangat terhad buat kita dan kita tidak tahu di mana penghujungnya.


"Yang penting kita lawan habis habisan (ekstremisme) zahirkan masa depan yang lebih baik," kata Nurul Izzah dipetik sempena ulang tahun ke 25 penubuhan KEADILAN.


Beliau turut menasihatkan agar anggota senior dan pejuang reformasi terus dihargai dan disantuni.


Keahlian baharu, katanya, perlu terus ditambah malah di kawasan pedalaman dengan pendaftaran manual sekali pun.


Nurul Izzah berharap anggota KEADILAN akan sentiasa setia dengan perjuangan dan mengambil pengajaran nasib yang menimpa para pengkhianat parti yang tidak ke mana setelah meninggalkan perjuangan reformasi.


"Agar kita sentiasa setia dengan perjuangan kita, jangan lupa diri. Jangan lupa kenapa kita berbuat baik di dunia ini," katanya dalam satu klip video pendek sempena Konvensyen 25 Tahun KEADILAN.

0 comments

Комментарии


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page