top of page

Negara bukan Islam bangunkan Gaza, mengapa tidak Malaysia?



Oleh: Akmal Manaf


Inisiatif Kerajaan MADANI mahu membina sekolah, hospital dan masjid di Gaza bagi membantu meringankan penderitaan penduduk Palestin merupakan langkah tepat Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Menurut mantan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Kandis, Ustaz Mohd Zawawi Ahmad Mughni, tidak timbul isu Malaysia membelakangkan rakyat sendiri dalam pembangunan Gaza kerana semua pembinaan insfrastruktur dalam negara sudah disusun dalam Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13).

Ustaz Mohd Zawawi Ahmad Mughni
Ustaz Mohd Zawawi Ahmad Mughni

Oleh itu katanya, kenyataan bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tan Sri Rafidah Aziz berhubung pembangunan semula Gaza semalam sebagai tidak kena pada waktunya.


Hal itu kerana sejak dari awal rakyat Malaysia telah menunjukkan sokongan serta simpati kepada rakyat Palestin apatah lagi selepas negara bukan Islam seperti Jepun juga berikrar mahu menghulurkan bantuan.


''Kita lihat negara-negara Eropah dan banyak negara bukan Islam turut menyatakan sokongan kepada Gaza. Jadi kenapa tidak Malaysia?


''Pandangan saya, ia inisiatif bijak daripada Datuk Seri Anwar untuk memulakan pembangunan semula Gaza dengan kerjasama negara-negara Islam melalui platform Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dan juga platform lain yang boleh membantu menyumbang secara wakaf.


''Sebenarnya semua negara mempunyai wang simpanan ketika kecemasan dan duit itulah yang digunakan, tetapi dengan mengguna konsep wakaf.


''Kerajaan menggunakan duit simpanan untuk memberikan suntikan semangat kepada negara-negara Islam yang lain untuk turut sama membantu membangunkan semula Gaza,'' katanya ketika dihubungi Suara Keadilan, hari ini.


Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas mengenai kenyataan dikeluarkan Rafidah yang berpandangan, pemimpin Malaysia perlu memberi keutamaan kepada keperluan rakyat terutamanya membaiki kemudahan awam daif seperti sekolah dan hospital kerajaan luar bandar.

Dalam pada itu, Ustaz Mohd Zawawi menyifatkan, sudah tiba masanya untuk Malaysia mengetuai atau menjadi pemain utama dalam pembangunan semula Gaza sebagaimana Indonesia sebelum ini yang telah membangun sebuah hospital di sana.


''Saya rasa bukan Indonesia sahaja (membina hospital). Brunei dan juga negara-negara lain yang majoritinya Islam, juga akan melakukan benda yang sama nanti (pembangunan) apabila dibangkitkan dalam mesyuarat seperti OIC pada masa akan datang,'' ujarnya lagi.


Dalam pada itu, NGO Global Peace Mission (GPM) Malaysia turut menyambut baik inisiatif Kerajaan Madani dalam usaha mempercepatkan pembangunan semula Gaza.


Ketua Pegawai Eksekutif Global Peace Mission (GPM) Malaysia, Syahrir Azfar Saleh berkata, kerjasama strategik antara Malaysia dan Jepun untuk menubuhkan dana pembangunan melalui inisiatif Asia Timur disokong oleh pelbagai NGO di negara ini.

Syahrir Azfar Saleh
Syahrir Azfar Saleh

"Sebagai sebuah pertubuhan yang komited terhadap keamanan dan kesejahteraan global, GPM memberi jaminan untuk menyokong proses pemulihan Gaza melalui pelancaran#KempenPulihkanGaza yang telah dimulakan pada 16 Januari 2025 yang lepas," katanya.


Menurut beliau, melalui kempen itu pelbagai inisiatif akan digerakkan termasuklah membaiki dan membina kembali tempat kediaman yang telah rosak atau musnah di Gaza; membangunkan pendidikan, termasuk membina kembali Sekolah Tahfiz Siraj Al-Munir yang telah dimusnahkan semasa konflik dan memberikan perlindungan kepada anak-anak Gaza yang menjadi yatim melalui Kempen Anak Angkat Gaza GPM.


NGO itu juga, kata Syahrir, akan membangun ekonomi jangka panjang penduduk termasuk membina semula Ladang Ternakan Ayam Moden serta Kilang Roti dan meneruskan bantuan kecemasan seperti khemah, makanan asasi, bekalan air bersih, kit kebersihan dan keperluan kehidupan lain yang penting dan mendesak.


"GPM percaya usaha ini bukan sahaja akan memulihkan Gaza dari segi fizikal, tetapi juga memberikan harapan dan kekuatan kepada rakyat Palestin untuk terus bertahan dan membina masa depan yang lebih baik.


"Kami mengajak semua pihak, termasuk rakyat Malaysia dan organisasi masyarakat sivil untuk bersama-sama menyokong inisiatif ini," katanya lagi.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page