top of page

NBiOSHOWCASE 2024 wujud lebih banyak syarikat bioteknologi tempatan



Oleh: Abdullah Zaid


Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti) optimis penganjuran Pameran Bioekonomi Kebangsaan (NBiOSHOWCASE 2024) mampu merancakkan lagi sektor industri berasaskan bioekonomi tempatan.


Menterinya Chang Lih Kang berkata, kerjasama antara pihak awam dan swasta termasuk rakan-rakan strategik antarabangsa mampu mengembangkan lagi industri berkenaan selain mencapai sasaran kerajaan mewujudkan tiga syarikat bioteknologi negara menjelang 2030.


"Kami harap pengumuman pemain industri bioteknologi Alps Global Holding Berhad yang menjadi unicorn pertama negara memberi suntikan semangat kepada ekosistem industri ini.


"Selaras dengan Dasar Bioteknologi Negara 2.0, kerajaan mensasarkan capaian sekurang-kurangnya tiga pemain industri bioteknologi di Malaysia menjelang 2030.

Chang Lih Kang

"Oleh itu, saya berharap pengiktirafan ini memberi galakan kepada syarikat-syarikat tempatan terus berkembang bagi menjadikan Malaysia sebagai hub bioteknologi di rantau ini," katanya pada sidang media di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) di sini, hari ini.


Untuk rekod, Nbioshowcase 2024 persidangan dan pameran industri bioteknologi yang berlangsung hari ini hingga esok dianjurkan secara bersama Mosti dan Malaysian Bioeconomy Development Corporation (Bioeconomy Corporation).


Program Bioekonomi yang membawa tema ‘Bioekonomi untuk Semua’ menghimpunkan lebih daripada 140 pempamer dengan jangkaan 4,000 pelawat termasuk dalam kalangan pelajar, orang awam, usahawan, syarikat-syarikat swasta dan korporat, syarikat berkaitan kerajaan serta institusi penyelidikan.


Selain itu, NBiOSHOWCASE 2024 turut menawarkan 500 peluang pekerjaan baharu berimpak tinggi bagi pembangunan bakat dalam bidang bioteknologi dan berasaskan bio.


Acara yang dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada pagi tadi menyaksikan pertukaran 11 memorandum persefahaman dan kerjasama antara penggerak industri bioteknologi dari sektor awam dan swasta, yang turut melibatkan pihak dari luar negara.


Ketika ini kerajaan mensasarkan pelaburan baharu bernilai RM1.32 bilion pada acara Nbioshowcase 2024 selain menyasarkan jumlah sumbangan pendapatan kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bernilai RM2 bilion oleh industri berkenaan pada tahun 2024.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page