top of page

Naratif pembangkang 'rakyat sensara' gugat ketenteraman negara - Mustapa

Updated: 57 minutes ago



Naratif yang dimainkan berulang kali oleh pembangkang dan laskar siber mereka di media sosial menggunakan segala isu menyerang kerajaan adalah cubaan untuk memanaskan suhu politik negara ke tahap tidak terkawal.


Pengerusi Sekretariat Gerak Gempur Media Sosial Rakyat (Sekpur), Mustapa Mansur Amer Mohd Isa berkata, tentera siber upahan pembangkang kebelakangan ini sering menuduh kononnya Kerajaan Madani zalim dan rakyat hidup sensara bagi membangkitkan kemarahan, terutama dalam kalangan orang Melayu.


Sedangkan katanya, keadaan yang digambarkan seolah olah seperti di Syria pada era diktator Bashar al Assad itu jauh daripada realiti seharian di negara ini.


Laskar siber pembangkang, katanya tidak sedar pada era pemerintahan Bashar sejuta rakyat Syria terbunuh atau cedera menentang penindasan rejim Baath.


Era kesensaraan di Malaysia, tegas beliau, telah berlaku lebih 60 tahun lalu selepas negara ini merdeka daripada penjajah British.


"Kita (hari ini) dah dapat kebebasan, kita dapat dengan percuma dari generasi terdahulu. Tiba tiba ada dua tiga pengkhianat cuba bawa satu naratif seolah olah kita duduk dalam kesensaraan.


"Apa sensara kita? Masjid tutup? Tak boleh bayar zakat? Tak boleh pergi haji, umrah? Seolah olah kita berada di zaman komunis.


"Ini sudah melampau. Kami sepakat, kita rasa ini sudah melampau," katanya dalam sidang media di Gombak tengah hari tadi.


Menurut Mustapa lagi, naratif kesensaraan rakyat yang dibawa laskar siber pembangkang tidak jauh bezanya dengan yang digunakan oleh golongan anti tokoh pembaharuan, Presiden Mesir Dr Mohamed Morsi sedekad lalu.


Katanya, dengan naratif palsu itu Dr Morsi berjaya digulingkan oleh pihak tentera dan pembaharuan yang dibawa oleh beliau berakhir sia sia.


"Apa yang terjadi, Dr Morsi (yang zuhud) tak ambil gaji. Bukan dia sahaja tak ambil gaji, bersama 12 orang pakar yang membangunkan semula Mesir, semua tak ambil gaji.


"Tetapi kerana hasutan, mereka menyucuk (menghasut) tentera, polis dan rakyat Mesir, lalu berlakulah peristiwa 2013 Dr Morsi digulingkan.


"Ini bukan satu perkara mustahil mereka (laskar siber) ingin buat. Kalau hari hari (mereka) cakap yang buruk terhadap Perdana Menteri kita, kerajaan kita, tak kira siapa pun," ujarnya.


Tegas Mustapa, siaran langsung (live) di media sosial oleh pemimpin dan laskar siber pembangkang terutama menggunakan isu titah adendum pada waktu ini sudah sampai ke tahap maksimum dan boleh mencetuskan huru hara dalam kalangan rakyat.


Oleh itu, beliau menggesa kerajaan menurunkan muatnaik atau siaran langsung yang dibuat oleh laskar siber yang boleh menggugat keselamatan negara.


"Saya minta semua live mereka di media sosial diturunkan segera.


"Kalau kami (penyokong kerajaan) nak lawan pihak sebelah sana yang tak dan tunggu esok, kami pun boleh buat. Namun kami pilih jalan perdamaian. Sambutlah jalan perdamaian ini....


"Kalau pilih jalan untuk perang, akhirnya kita akan jadi arang, dua dua hancur. Jadi saya harap kepada penyokong pihak mana pun, semua kita ini, sama sama menyokong perdamaian," katanya lagi.

0 comments

Recent Posts

See All

Commentaires


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page