top of page

Najwan mahu JPS jelaskan isu lewat siap kolam takungan banjir di Klang



Oleh: Akmal Manaf


Ahli Dewan Negeri (ADN) Kota Anggerik, Najwan Halimi berharap pihak Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) akan menjelaskan dengan sebaik baiknya kepada penduduk berhubung kelewatan penyiapan kolam takungan banjir di Taman Mutiara Bukit Raja 2, Klang.


Beliau berkata, projek kolam takungan banjir itu sepatutnya siap pada 28 Oktober lalu, namun mengalami kelewatan dan dijangka siap pada 6 Mac depan sehingga menyebabkan kejadian banjir yang berulang di kawasan sekitar.


Katanya, beliau difahamkan oleh pihak JPS bahawa terdapat beberapa isu teknikal yang sedang diselesaikan melibatkan rekaan dan lain-lain berhubung kelewatan penyiapan kolam takungan berkenaan.


''Jadi akan ada penambahan tempoh masa (untuk disiapkan). Cuma saya mohon pihak JPS memberikan penerangan kepada penduduk di situ.


''Saya rasa apabila ada wakil daripada JPS ini, ia sedikit sebanyak memberi komitmen untuk mempercepatkan penyiapan kerja-kerja kolam takungan ini.


''Saya sebagai ADUN kawasan berharap pihak JPS akan mengambil tindakan segera dalam hal ini,'' katanya ketika ditemui pemberita selepas melakukan tinjauan rumah pam di Taman Mutiara Bukit Raja 2, hari ini.


Menurut Najwan yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Selangor, selain curahan hujan luar biasa, faktor lain yang turut menyumbang kepada insiden banjir kilat semalam adalah fenomena air laut pasang besar yang berlaku pada minggu ini.


Semalam, tujuh laluan di sekitar daerah Klang dekat Selangor dinaiki air sehingga 0.4 meter susulan hujan lebat pada awal pagi.


Antara laluan terjejas ialah Jalan Sentosa 52, Jalan Sungai Putus, kawasan Sekolah Kebangsaan Batu Belah, Persiaran Batu Belah, Persiaran Sungai Keramat di Bandar Bukit Raja dan Persiaran Aman Perdana.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page