top of page

'Naik gaji dialu alukan, jangan lupa pekerja kontrak kerajaan'



Kenaikan gaji yang diumumkan oleh Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim kelmarin merupakan langkah yang seharusnya disokong oleh segenap lapisan rakyat.


Walau bagaimanapun menurut Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim, terdapat kalangan pekerja yang sering terlepas pandang daripada proses kenaikan gaji atau hak hak pekerja, iaitu pekerja kontrak di jabatan kerajaan.


"Langkah kerajaan naikkan gaji para pekerja awam terutama mereka dalam golongan bergaji rendah adalah langkah yang tepat dan bagus.

Hassan Abdul Karim

"Namun supaya kerajaan tidak terlepas pandang wujudnya satu kelas pekerja rakyat Malaysia yang bukan penjawat awam tetapi bekerja di sekolah-sekolah dan hospital-hospital serta klinik-klinik kerajaan, yang bekerja secara kontrak dengan gaji rendah sebagai tukang sapu (cleaner), pengawal keselamatan dan tukang kebun.


"Pekerja tidak rasmi ini atau informal workers jumlahnya ramai di seluruh negara yang kadang kala lazimnya ditindas oleh majikan mereka para kontraktor, dan perlukan intervensi atau campurtangan kerajaan untuk membela nasib mereka," katanya dalam satu kenyataan.


Menurut Hassan, sudah tiba masanya kerajaan mengkaji kondisi kerja para pekerja kontrak tersebut yang kadang kala tidak langsung mempunyai caruman KWSP atau insurans pekerja, PERKESO.


"Tangga gaji yang rendah, masa bekerja yang panjang, caruman KWSP dan Perkeso kadang-kadang tidak ada, dinafikan gaji minima serta tiada jaminan pekerjaan adalah isu yang selalu mereka hadapi.


"Semoga Kerajaan khususnya Menteri Sumber Manusia menolong menyelesaikan masalah pekerja informal yang ramai ini," katanya lagi.


Kelmarin, Perdana Menteri mengumumkan pelarasan gaji penjawat awam sebanyak 15% kepada kumpulan pelaksana, manakala 7% kepada pengurusan tertinggi.


Menurut PM, pelaksanaan pemberian gaji tersebut akan diberikan secara berfasa iaitu fasa 1 pada 1 Disember 2024 manakala fasa 2 pula pada 1 Januari 2026. Katanya, dengan pelarasan itu terdapat kakitangan awam yang akan menikmati kenaikan pendaptan sehingga 40% terutama golongan pekerja rendah.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page