top of page

MySel: Selangor bantu 2,000 penduduk dapat dokumen diri sejak 2008



Lebih 2,000 individu di Selangor telah menerima dokumen pengenalan diri menerusi Program Pusat Dokumen Pengenalan Diri MySel (MySel) diperkenalkan Kerajaan Negeri sejak 2008.


Menteri Besar Datuk Seri Amiruddin Shari berkata, inisiatif itu merupakan langkah pendekatan pentadbiran dalam usaha memudahkan rakyat mendapatkan dokumen sah sekali gus mampu menjalani kehidupan sejahtera.


Dengan adanya dokumen sah seperti surat beranak serta kad pengenalan, individu terbabit berpeluang mendapat hak warga negara selain pelbagai manfaat ditawarkan kerajaan.


"Sejak diperkenal, lebih 6,000 permohonan diterima dan hampir separuh darinya, kira-kira 48 peratus merupakan pemohon Bumiputera. Selebihnya dari pelbagai bangsa seperti Cina, India, Sabah, Sarawak.


"Pemohonan yang lulus ini melibatkan semua peringkat umur dari kanak-kanak hinggalah orang dewasa," katanya dipetik pada majlis penyerahan dokumen Pengenalan Diri MySel 2024 di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam pada Isnin.


MySel diwujudkan bagi membantu golongan miskin yang tidak mempunyai pengetahuan dan saluran betul membuat permohonan mendapatkan dokumen pengenalan diri, kewarganegaraan, sijil kelahiran dan kad pengenalan.


Pegawainya berperanan menyelesaikan masalah anak tidak memiliki surat beranak disebabkan sindiket perkahwinan di sempadan termasuk kegagalan ibu bapa mendaftar kelahiran anak mereka atas perkara tertentu.


Sementara itu tambah Amirudin, MySel bukan bertujuan mendaftarkan warga asing sebagai warganegara khususnya sebagai penduduk Selangor.


Berdasarkan statistik, daripada 6,000 permohonan, kelulusan permohonan tertinggi diberikan kepada kaum Melayu iaitu 48 peratus diikuti kaum lain.


"Ada pihak mencemuh dan berprasangka buruk dengan mendakwa usaha kerajaan melalui MySel adalah untuk mendaftar orang luar sebagai warganegara dan juga penduduk Selangor.


"Kita wujudkan skim ini bukan mahu ambil tugas Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) tetapi nak bantu mudahkan proses dokumentasi kerana akhirnya JPN yang luluskan," tegasnya.

0 comments

Comentarios


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page