top of page

MyKad sebagai medium salur subsidi rasionalisasi RON95



Pelaksanaan rasionalisasi RON95 yang dijangka dilakukan selepas separuh pertama tahun ini dilihat akan menggunakan dua peringkat harga dengan subsidi bersasar disalurkan melalui MyKad.


Membayangkan pelaksanaan mekanisme itu Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata penyaluran bantuan melalui MyKad ketika ini telah dilakukan kepada penerima skim Sumbangan Asas Rahmah (SARA).


"RON95 akan menggunakan dua peringkat harga iaitu harga subsidi dan tanpa subsidi. Sistem yang akan diguna dalam penyaluran subsidi RON95 kepada rakyat yang layak adalah melalui MyKad," katanya dipetik The Star semalam.


Menjelaskan keberkesanan penyaluran bantuan melalui MyKad, beliau berkata ketika ini, sumbangan SARA kepada 700,000 penerima yang akan diperluas kepada 5.4 juta penerima bermula 1 April ini menggunakan MyKad sebagai medium penyaluran bantuan tunai setiap bulan.


Kata beliau bantuan yang diterima di dalam MyKad itu boleh digunakan bagi transaksi di 3,500 kedai.


"Jika kita boleh menggunakan MyKad kepada 5.4 juta penerima dengan 3,500 kedai, ia menunjukkan sistem itu kukuh.


Justeru itu, tidak ada beza jika MyKad diguna pakai untuk rasionalisasi subsidi RON95," katanya.


Amir Hamzah turut memberikan jaminan bahawa 85 peratus rakyat negara ini tidak akan terkesan susulan penyasaran subsidi RON95 yang akan dilaksanakan kelak.


Bagaimanapun, beliau memberitahu mekanisme pelaksanaan rasionalisasi RON95 itu masih lagi diperhalusi dan kerajaan tidak mahu terburu-buru mengumumkan dasar tersebut.

Commentaires


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page