top of page

MyDigital ID pastikan transaksi atas talian lebih selamat



Oleh: Helmi Mohd Foad


Melalui pengesahan diri yang tepat, transaksi atas talian yang selamat dan kemudahan log masuk tunggal dan MyDigital ID mampu mengurangkan risiko penipuan dan memudahkan urusan harian berkaitan perkhidmatan dalam talian.


Hal itu dinyatakan oleh MIMOS. Dalam infografiknya MIMOS menyatakan MyDigital ID tidak akan menggantikan MyKad sebagai bukti pengenalan.


Ia juga tidak menyimpan data biometrik pengguna seperti cap jari, iris/mata atau pengecaman wajah sebagaimana yang didakwa di media sosial. MyDigital ID juga tidak mengawal data dan pergerakan pengguna secara digital atau mendedahkan data peribadi secara terbuka dan meluas.


Kata MIMOS lagi, seseorang itu tidak boleh mempunyai lebih dari satu identiti digital dan tidak menyimpan pangkalan data peribadi pengguna.



Justeru itu, kaedah digital itu merupakan satu langkah maju bagi memastikan keselesaan dalam menggunakan perkhidmatan dalam talian tanpa mengorbankan privasi.


"MyDigital ID merupakan inisiatif yang akan menyumbang kepada penyampaian perkhidmatan awam yang lebih efisien di Malaysia seperti pengagihan subsidi bersasar dan peningkatan akses ke sistem perubatan MADANI.


"Melalui identifikasi digital, transaksi seperti pembahagian bantuan menjadi lebih mudah dan telus serta memastikan hanya individu yang layak dapat menerima manfaat," kata agensi berkenaan lagi.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page